Yinson Rasmi Pusat Pengalaman rydeEV Di PJ – Jom Pandu Uji, Sewa E-Bike Di Sini
-full_normal.jpg)
Pusat Pengalaman rydeEV di Jalan Utara, PJS 11 Petaling Jaya, telah dibuka secara rasmi oleh Yinson GreenTech (YGT). rydeEV adalah salah satu syarikat motosikal elektrik (e-bike) terbesar di rantau ini, memberikan pengguna jalan raya Malaysia kenderaan elektrik yang lebih efisien kerana menggunakan sistem bateri boleh tukar.
Pusat pengalaman seluas 8,000 kaki persegi ini berfungsi sebagai pusat sehenti rydeEV. Mereka yang ingin mencuba e-bike, memahami teknologi pertukaran bateri yang inovatif, mendaftar dalam program sewa-milik atau sewaan yang berpatutan, mendapatkan servis dan pembaikan e-bike, atau membeli produk rydeEV boleh mengunjungi Pusat Pengalaman ini.
-full_normal.jpg)
Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, telah menghadiri majlis pelancaran ini yang diadakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson, Encik Lim Han Weng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Encik Lim Chern Yuan, dan Pengarah Urusan rydeEV, Encik Syed Ahmad Faiz Syed Yusoff Fadzil.
Senator Tengku Zafrul Aziz berkata, "Mobiliti hijau merupakan satu keutamaan dalam misi sifar bersih Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang baru diperkenalkan. Kini Malaysia bukan sahaja aktif mencari pelaburan dalam inovasi dan penyelesaian teknologi hijau, kami juga berusaha untuk mencipta peluang bagi syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya melalui pembangunan ekosistem mobiliti rendah karbon yang menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Dasar Automotif Nasional."
-full_normal.jpg)
Beliau juga menambah, "Dalam hal ini, e-bike pada harga berpatutan dari rydeEV adalah sejajar dengan objektif kami, kerana jimat tenaga dan kos, menjadikannya sebagai penyelesaian mobiliti yang menarik, mampan, dan inklusif untuk pelbagai segmen pengguna dari syarikat korporat hingga PKS dan orang awam."
Encik Lim Han Weng pula berkata, "Di Yinson, kami percaya bahawa peralihan tenaga harus merangkumi semua aspek, bermaksud ia harus meningkatkan aksesibiliti dan kemampuan terhadap teknologi hijau. Asia Tenggara memiliki kadar pemilikan motosikal per kapita tertinggi di dunia.
"Oleh itu, alternatif yang menjimatkan, memudahkan berdasarkan penyelesaian sedia ada, yang disokong oleh dasar kerajaan, adalah penting untuk penggunaan pengangkutan hijau dan penyelesaian teknologi hijau yang meluas. Matlamat kami adalah menghapuskan sebarang halangan terhadap penggunaan EV melalui rydeEV."

Menurut Encik Syed Ahmad Faiz, sejak memulakan operasi di negara ini, rydeEV telah menyediakan pusat pertukaran bateri di 15 lokasi dengan hasat untuk menubuhkan stesen pertukaran bateri di 100 lokasi di seluruh negara untuk mengurangkan kebimbangan jarak pengguna motosikal.
-full_normal.jpg)
rydeEV menawarkan dua pilihan sewaan: sewaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan sewa-milik. Bayaran bulanan untuk B2B selama 24 bulan adalah RM299 bagi model Ryder dan RM499 untuk model Hyper, termasuk pertukaran bateri tanpa terhad, penyelenggaraan, perlindungan insurans, dan cukai jalan.
-full_normal.jpg)
Sementara itu, bayaran untuk sewa-milik pula bermula dari RM299 selama 36 bulan atau RM250 selama 48 bulan untuk Ryder, dan Hyper pada RM430 selama 36 bulan atau RM339 selama 48 bulan. Selepas tamat tempoh sewa-milik, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk memiliki motosikal tersebut. Pengguna boleh menggunakan aplikasi Oyika untuk merancang perjalanan dan mengetahui lokasi pertukaran bateri.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQL9741
SELANGOR
BSM5048
JOHOR
JYR5329
PULAU PINANG
PRY6864
PERAK
APF2840
PAHANG
CFF3192
KEDAH
KGE3604
NEGERI SEMBILAN
NEJ5280
KOTA KINABALU
SJQ2984
KUCHING
QAB2438N
Terakhir Kemas Kini 14 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.19
+0.03
Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan
Pelanggan kini boleh sewa beli motosikal elektrik (e-bike) dengan mendaftar mana-mana daripada pelan pascabayar 5G CelcomDigi. Baca untuk ketahui manfaat lain...
25-01-2024
Pulau Pinang Miliki 9 Stesen Pengecas PERCUMA Untuk E-Motosikal
Pulau Pinang bakal dilengkapkan dengan sembilan buah stesen pengecas motosikal elektrik
08-06-2022
Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*
Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.
12-10-2025
Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih
Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd.
14-05-2025
MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar
MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.
10-05-2025
Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan
Pelanggan kini boleh sewa beli motosikal elektrik (e-bike) dengan mendaftar mana-mana daripada pelan pascabayar 5G CelcomDigi. Baca untuk ketahui manfaat lain...
25-01-2024
Syarikat E-Bike Indonesia, United E-Motor Masuki Pasaran Malaysia
United E-Motor, jenama motosikal elektrik di bawah pengeluar basikal Indonesia bawa masuk e-bike di Malaysia.
29-09-2023
Harga Rasmi Motor Elektrik BMW CE 04 Diumumkan – Dari RM59K
Harga bagi skuter Mobiliti Urban elektrik, BMW CE 04 terbaharu telah diumumkan secara rasmi.
03-05-2023
Berita Terkini
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP
Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.
12-02-2026
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa
Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.
11-02-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
