TNG Digital Perkenal Kad Visa, Ini Cara Untuk Mendapatkannya...

Touch 'n Go Group telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pembayaran digital global, Visa, melalui penyedia perkhidmatan e-dompetnya, TNG Digital Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Touch 'n Go eWallet untuk melancarkan kad prabayar TNG eWallet Visa.
TNG eWallet Visa merupakan kad pembayaran pertama yang wujud tanpa paparan sebarang nombor di negara ini sekaligus menjadikannya lebih selamat untuk digunakan kerana dapat mengelakkannya daripada disalah guna sekiranya hilang.
Menggunakan kad Visa ini, anda boleh membuat pembayaran pada terminal di mana-mana kedai fizikal, yang mana baki akan ditolak daripada TNG eWallet. Penggunaan kad ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna kerana ada sesetengah peniaga yang masih belum menawarkan sistem pembayaran kod QR Duitnow.
BOLEHKAH TNG E-WALLET VISA BERFUNGSI SEPERTI KAD BANK BIASA?
TNG Digital turut memaklumkan bahawa pengguna boleh mengaktifkan atau mematikan penggunaannya untuk pengeluaran ATM, pembayaran antarabangsa secara dalam talian atau luar talian.
BOLEHKAH TNG E-WALLET VISA DIGUNAKAN UNTUK PEMBAYARAN TOL, PENGANGKUTAN AWAM & PARKIR?
Untuk pengetahuan pembaca, TNG eWallet Visa ini sebenarnya telah pun diperkenalkan sejak bulan lalu kepada beberapa pelanggan terpilih dan mereka mengesahkan bahawa kad ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran tol, pengangkutan awam dan parkir.
Ketua Pegawai Operasi TNG, Alan Ni berkata, syarikat telah cuba untuk menggabungkan kesemua fungsi yang iaitu teknologi NFC dan Visa Wave dalam satu kad yang sama, namun hasil kajian mendapati cip daripada kedua-dua teknologi ini tidak boleh wujud pada satu kad yang sama kerana isu gangguan. Oleh itu, syarikat terpaksa mengabaikan rancangan tersebut buat masa ini.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN TNG E-WALLET VISA?
Untuk pengguna Touch n Go eWallet, anda boleh melakukan tempahan kad prabayar ini dengan menekan pada ikon “Visa Card” dan pada paparan seterusnya klik “Get Card Now.” Anda akan diminta untuk memilih nama yang ingin dipaparkan pada kad.

Jangkaan masa menunggu yang dinyatakan buat masa ini ialah dari 7-10 hari bekerja.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4873
SELANGOR
BSN7518
JOHOR
JYU1156
PULAU PINANG
PSB1146
PERAK
APG3783
PAHANG
CFG456
KEDAH
KGF335
NEGERI SEMBILAN
NEJ9230
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4958N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat