Acara Kemuncak Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 Penuh Kemeriahan
-full.webp)
Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan perlumbaan sengit 45 pelumba dalam Vios Challenge
Toyota Gazoo Racing Festival telah melabuhkan tirai musim keenam dengan penuh kemeriahan. Persaingan sengit antara 45 pelumba dalam siri perlumbaan Vios Challenge yang penuh aksi dan debaran telah diadakan di di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu lalu. Empat kategori perlumbaan iaitu Super Sporting, Rookie, Promotional dan Sporting dipertandingkan.

Kereta lumba Vios Challenge generasi terkini (model pengeluaran AC100) turut membuat penampilan sulungnya. Beberapa daripada kenderaan ini digunakan oleh selebriti yang bersaing dalam kategori Promotional
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, acara hujung minggu lalu dimeriahkan melalui perlumbaan kategori Promotional yang dibarisi selebriti. Untuk kategori ini, kereta lumba Toyota Vios generasi terbaru (AC100) telah digunakan buat pertama kalinya, sebelum digunakan sebagai model rasmi untuk musim akan datang.
Ramai antara mereka yang memuji kelajuan dan keupayaan pengendalian kereta baharu tersebut walaupun masih belum dilengkapi dengan transmisi manual buat masa ini.






Dalam kategori Promotional, pelawak terkenal, Zizan Razak, telah berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan
Untuk peringkat akhir ini, Perlumbaan 1 diadakan pada hari Sabtu dan Perlumbaan 2 pada hari terakhir, Ahad. Menjuarai kedua-dua perlumbaan adalah pelakon-penyanyi Ezzrin Loy yang berjaya pesaing hebat, Zizan Razak, untuk tempat pertama.
Walaupun Zizan berjaya dikalahkan oleh Ezzrin dalam kedua-dua perlumbaan, kedudukan beliau dalam kedua-dua perlumbaan memberikan jumlah mata yang mencukupi untuk dinobatkan sebagai juara kategori Promotional musim ini.
Kategori Super Sporting yang terdiri daripada pelumba profesional dan Sporting yang dibarisi pelumba separa-profesional pula sudah pastikanya menjanjikan aksi perlumbaan yang mengasyikkan.



Dalam kelas Sporting, Abdul Miqail, pemandu 23 Motors, telah menguasai perlumbaan hujung minggu ini, tetapi pasukan Crestmax Motorsports dengan pelumbanya, Bradley Anthony, telah dinobatkan sebagai juara kategori.
Dalam kelas Super Sporting peringkat profesional, Putera Drift' Malaysia, Tengku Djan Ley, menjuarai perlumbaan pada hari Sabtu dan menduduki tempat kedua pada hari Ahad. Walaupun telah cuba untuk melakukan yang terbaik, Djan tidak dinobatkan sebagai juara bagi kategori yang diwakili, dengan gelaran itu jatuh kepada rakan pasukannya, Mitchell Cheah.



Trofi dan hadiah wang tunai mencecah RM70,000, diberikan kepada juara tahun ini. Antaranya ialah Mitchell Cheah yang dinobatkan sebagai juara kategori Super Sporting, serta Bradley Anthony sebagai juara kategori Sporting
Turut dipertandingkan dalam Kelas Super Sporting ialah gelaran Rookie terbaik. Daripada enam pemandu yang bersaing, Ariff Azmi berjaya menjuarai melalui aksi yang mantap sepanjang hujung minggu lalu.

UMW Toyota Motor telah menerima penghargaan daripada Persatuan Motorsport Malaysia (MAM) atas usaha berterusan dalam mempromosikan dan mengembangkan bakat-bakat perlumbaan tempatan
Acara yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada OAG, Iqbal M, KMY KMO dan Luca Sickta, serta barisan penyanyi hip hop 16 Baris, termasuk Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego & DJ CZA.





Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA9251
SELANGOR
BSQ4732
JOHOR
JYX6250
PULAU PINANG
PSC6395
PERAK
APH8230
PAHANG
CFG6502
KEDAH
KGG3028
NEGERI SEMBILAN
NEK5347
KOTA KINABALU
SJS1510
KUCHING
QAB9235N
Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Vios Generasi Terbaru Beraksi Di Litar! Ini Dia Model Rasmi Musim Akan Datang
Toyota Vios generasi ke-4 (AC100) versi yang dibangunkan khas untuk perlumbaan dipamerkan.
30-09-2023
Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan
Jom meriahkan hujung minggu ini dengan menghadirkan diri ke Toyota Gazoo Racing Festival! Masuk percuma.
29-09-2023
Festival Gazoo Racing Musim Ke-6: Perlumbaan Sengit Kini Bermula, Hadiah Hampir RM1 Juta!
Toyota Gazoo Racing Malaysia kini kembali menggegarkan dunia perlumbaan untuk musim ke-6.
18-02-2023
3.1 Juta Penonton Saksikan Perlumbaan Akhir Vios Challenge Musim Ke-5!
Vios Challenge musim ke-5 Toyota Gazoo Racing Festival akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan.
28-09-2022
Jom Meriahkan Festival Toyota Gazoo Racing Minggu Ini!
Pusingan kedua untuk Festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia akan berlangsung pada hujung minggu ini
23-06-2022
Toyota Gazoo Racing Musim Ke-5 Pusingan 1: Lebih Sengit Daripada Biasa!
Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge pusingan pertama (19-20 Mac) telah berakhir semalam.
21-03-2022
Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-4
Antara pengisian menarik sepanjang acara yang akan disiarkan secara dalam talian ini adalah tiga sesi kelayakan, enam perlumbaan secara individu, sesi temubual dengan pelumba dan banyak lagi.
01-03-2021
Toyota Vios Generasi Terbaru Beraksi Di Litar! Ini Dia Model Rasmi Musim Akan Datang
Toyota Vios generasi ke-4 (AC100) versi yang dibangunkan khas untuk perlumbaan dipamerkan.
30-09-2023
Berita Terkini
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini
Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!
03-06-2026
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000
XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.
03-06-2026
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok
Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.
03-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan
Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.
03-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.
01-06-2026
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat