KECOH! Kereta Depan Rumah Kena Saman, Tapi Ada Sebabnya

Semakin hari semakin banyak peraturan baharu dilaksanakan sehingga menyusahkan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.
Terbaharu, bagi sesiapa yang meletakkan kenderaan di depan rumah atau jiran, anda boleh dikenakan denda sehingga RM500.
Bagaimanapun, tindakan itu hanya diambil Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Johor Bahru sejak 2 Oktober lalu sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman turut mengecam tindakan pihak berkuasa tempatan itu.
“Apa tujuan sebenarnya? Nak cari pendapatan ke? Nak dapat duit cara mudah? Cubalah PBT ni cari sumber pendapatan dengan cara lain yang tak menyusahkan rakyat terutamanya golongan B40," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang tidak tahu mengenai isu ini menjadi panas di media sosial apabila notis yang dikeluarkan dalam Facebook MBPG di bawah arahan Datuk Bandar Pasir Gudang itu tersebar meluas.
Menurut notis itu, sesiapa yang berbuat boleh dikenakan denda di bawah Undang-undang kecil mengkompaun kesalahan Akta Kerajaan Tempatan (MPPG) 2010 dengan kadar maksimum kompaun RM500.

Malah, dibawah Undang-undang kecil jalan, parit dan bangunan (mengkompaun kesalahan-kesalahan MPPG) 2011 pula, kadar maksimum kompaun adalah RM2,000.
Difahamkan, MBPG hanya akan mengambil tindakan penguatkuasaan itu berdasarkan aduan diterima.

“Untuk makluman pihak tuan/puan, rekod bagi aduan kacau ganggu kenderaan (kenderaan menghalang, kenderaan terbiar/buruk, kenderaan yang diletakkan di simpang jalan/laluan utama dan lain-lain) yang diterima oleh pihak MBPG pada tahun lalu ialah 242 aduan.
“Manakala pada tahun ini sehingga September ialah 349 aduan berkaitan kacau ganggu kenderaan.
“Pihak MBPG hanya akan mengambil tindakan sekiranya menerima aduan berkaitan. Antaranya seperti meletak kenderaan di luar pagar yang menyebabkan halangan dan kacauganggu di kawasan/tempat awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Apa yang pelik, kalau tak boleh letak kenderaan di luar pagar, mana lagi penduduk nak parking kereta?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7468
SELANGOR
BST4363
JOHOR
JD5710J
PULAU PINANG
PSF3099
PERAK
APL2350
PAHANG
CFH6193
KEDAH
KGH8572
NEGERI SEMBILAN
NEL6823
KOTA KINABALU
SJT8847
KUCHING
QAB5138P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat