Bukan Kereta Yang Kurang Ajar Tapi Pemandunya!

Tular satu senarai model kereta yang dikatakan kurang ajar ketika berada di atas jalan raya sehingga meraih pelbagai komen daripada netizen.
Setakat ini, gambar status King Injang I yang dikongsi oleh laman Araaz Media Network itu menerima 9.6 likes, 2.2k komen dan gambar itu dikongsi sebanyak 1.5K kali.
Status itu berbunyi:

List kereta kurang ajar atas jalan raya:
5. Triton
4. Kancil VTEC
3.Mitusbishi Wira
2. BMW
1. Myvi
Susulan itu, ramai pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen berbaur negatif dan positif.

Seorang pengguna internet, Siti Nurul berkata:
“Kereta suami kita nombor 5 tapi somi kita sopan dan cermat bawa kereta walaupun suka pi off road, alhamdullilah.
Seorang lagi turut teruja apabila kereta Kancil turut tersenarai dalam kereta yang dipandu secara melulu.
“Kancil pun masuk ye, terbaik,” tulisnya.
Bagi bangsa H pula, mereka bersyukur apabila model itu tidak termasuk dalam senarai berkenaan.
“Nasib baik Honda tak masuk list,” tulis Azmi.
Seorang lagi membalas, Honda tak masuk ke list? Tu la jenama yang paling malas bagi signal,” tulisnya.
Seorang lagi seloroh: Nasib baik aku pakai Tesla.
Bagaimanapun ada juga yang meminta nombor kelima itu ditukar kepada Hilux.
“5. Tu patut Hailak (Pickup truck Hilux) mana-mana pun sama jenis Jenis drive melulu, rasa diri tu kebal,”tulis.

Siti Sarah yang merupakan seorang pemandu turut mengakui pemandu BMW sering kali dilihat memandu secara melulu.
“BMW tu setuju. Banyak kali dah kena atas highway, bawa80-100km/j, tiba-tiba masuk lane kanan, kita pulak yang kena brek mengejut,” ujarnya.
Ada juga yang meminta supaya kereta Alphard dan Vellfire turut disertakan dalam senarai berkenaan.
“Dua kereta ni kena masuk senarai. Jenis bagi signal guna niat je. Lampu invisible,”tulisnya.
Apapun, ramai yang mengakui kebanyakan kereta yang disenaraikan itu sememangnya bersikap kurang ajar ketika berada di atas jalan raya.
“Kebanyakan kereta yang ada dalam list itu kurang ajar. Aku berapa kali da kena dengan pemandu 4x4, dekat roundabout. Padahal, aku tengah pusing ni , dia dari simpang boleh pulak selamba je keluar.
“Jadi, aku pulak yang kena stop bagi dia lalu dulu. Dah la aku naik motor je, dengan ada anak kecil lagi atas motor.,”luah Opah Kau Yang Cun.
Menurutnya, kejadian yang sama itu juga berlaku di kawasan lampu isyarat.
“Kita dah kat depan dia, macam kebiasaan la motor akan park kat depan time lampu merah kan. Tapi bila lampu hijau, aku dah tengah jalan ni dan-dan celaka tu memotong depan aku dengan laju nye.
“Sipi-sipi je nak kena aku. Lahanat betul! Bawa keta besar tapi kepala otak kecik! Myvi pun sama jugak. Spesies nak cepat melayang kemana tak tau la, tak reti-reti nak bersabar. Kena orang lain pulak buat kat family korang macam tu, jam tu baru sel-sel otak nak berhubung kot,” tambahnya.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia sebenarnya bukan salah kereta tetapi perangai pemandu itu.
“Biasa bukan kenderaan yang bermasalah tetapi driver . Pemandu yang bawa tak guna otak bro,” kata Jiwa Senang.
Penulis turut senada dengan Jiwa Senang sebenarnya bukan kereta yang bersalah tetapi sikap pemandu itu sendiri.
Apa yang malangnya, kebanyakan pemilik yang memiliki kereta yang disenaraikan itu menyebabkan imej model kereta terbabit tercalar.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge