Foto Intipan: Penampakan X70 Sedang Diuji

Adakah ini PROTON X70 facelift 2024?
Ini kerana imej yang kelihatan seperti Proton X70 namun bahagian hadapan dan belakangnya ditutupi dengan pelekat samar atau 'camouflage' tular di halaman Facebook, X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia) sejak semalam.
Gambar itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Eric Yong Gx yang merakam kelibat X70 itu di lebuh raya Shah Alam – KESAS, Subang Jaya kelmarin.
Walaupun ia ditutup dengan pelekat namun apa yang pasti lampu hadapannya agak nipis dan bersegi sedikit.

Bagaimanapun, ia kali ini tidak mempunyai gril hadapan namun digantikan dengan gril bercorak pin krom.
Namun di belakang tidak banyak boleh dijelaskan kerana ia ditutupi dengan pelekat camo.

Apa yang pasti kelibat Proton X70 yang dilihat ini berkemungkinan sedang diuji memandangkan ia menjadi satu kebiasaan, apabila model baharu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini,
Secara lumrahnya, unit ujiannya pasti akan kelihatan ‘merayau’ di sekitar jalan raya untuk diuji, sebagai salah satu proses pembangunannya.

Di sebalik kelibatnya itu, ini menunjukkan tanda bahawa X70 bersedia untuk menerima sentuhan sama seperti Geely Boyue Pro (Azkara) atau Boyue X yang dikeluarkan masing-masing pada 2019 dan 2021, atau mungkin model Boyue tahun 2022 yang lebih baharu.
Apapun penampakan model X70 yang lebih segar ini menandakan kita mungkin tidak perlu menunggu lama memandangkan ia mungkin akan dirasmikan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.


Cuma apa yang tidak pasti ialah X70 yang dikemas kini ini akan menerima trenkuasa yang lain atau sebaliknya.
Kami juga tidak menolak kemungkinan X70 ini juga akan disumbat dengan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus iaitu trenkuasa yang sama digunakan pada PROTON X90.
Sebagai pengguna, apa pula perubahan yang diharapkan anda untuk Proton X70 baharu ini?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5581
SELANGOR
BSU146
JOHOR
JE7695J
PULAU PINANG
PSF8345
PERAK
APL7180
PAHANG
CFH8379
KEDAH
KGJ2538
NEGERI SEMBILAN
NEM735
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat