ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Harga Masih Belum Dedah Tapi Dah Boleh Tempah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Subaru WRX dilaporkan menerima varian teratas yang dikenali sebagai Subaru WRX TR. Ia sudah didedahkan di Florida, Amerika Syarikat pada minggu ini.

Difahamkan, jentera ini menerima casis dan brek Brembo yang sudah dinaiktraf namun tiada sebarang penambahbaikan untuk trenkuasanya.

image.png

Selain itu, ia menampilkan  persediaan peredam yang agak baik dengan penggantungan baharu dan rak stereng yang diubah suai.

Langkah itu diambil  untuk menambah baik pengendalian dan tindak balas sterengnya. 

Ini ditambah dengan persediaan brek Brembo yang lebih baik yang terdiri daripada angkup hadapan enam omboh dan dua omboh belakang, pad yang lebih besar dan pemutar brek, serta silinder induk yang lebih besar.

Dari pengemaskinian di luarannya pula, ia menampilkan rim aloi bersaiz 19 inci dengan kemasan berwarna satin grey dan tayar Bridgestone Potenza S007245/35 sekali gus menjanjikan cengkaman tayar yang lebih terutama ketika jalan basah mahupun kering.

image.png

Antara ciri di dalam kabin yang turut dinaik taraf ialah kerusi bucket Recaro boleh dilaraskan secara elektronik dalam lapan arah dan kesemua kerusinya dibaluti dengan material upholsteri Ultrasuede berwarna kelabu dan hitam dan dipadankan dengan jahitan berwarna merah.

Namun, ia tidak dilengkapi dengan bumbung panoramik.

WRX TR juga dikatakan masih menerima set keselamatan aktif EyeSight Subaru, yang menambahkan ciri ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif  (ACC), Amaran Keluar Lorong dan sebenarnya ada banyak lagi.

Untuk trenkuasanya, ia masih mengekalkan enjin 2.4 liter 4-silinder turbocharged ‘Boxer’ yang sama digunakan pada model WRX standard sekali gus memberikan 271 hp dan 350 Nm.

image.png

Ia dipadankan secara eksklusif dengan kotak gear manual enam kelajuan dan persediaan pacuan semua roda (AWD) yang ditempah khas dengan pemvektoran tork aktif.

Setakat ini, Suabru masih belum mendedahkan sebarang harga dan butiran itu berkemungkinan besar akan didedahkan pada hujung tahun ini.

image.png

Namun tempahan sudah dibuka di Amerika Syarikat,.

Walaupun tempahan sudah dibuka di pasaran AS, penghantaran untuk WRX TR baharu dijangka akan dimulakan kemudian pada 2024.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8449

SELANGOR

BSU9450

JOHOR

JH2148J

PULAU PINANG

PSH3253

PERAK

APM8257

PAHANG

CFJ3750

KEDAH

KGJ7617

NEGERI SEMBILAN

NEM5487

KOTA KINABALU

SJV1193

KUCHING

QAB9740P

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

30-05-2025
Berita Auto

03-03-2025
Berita Auto
Berita Auto

31-05-2024
Kereta Baru

15-02-2024
Kereta Baru

23-08-2023
Pandu Uji

25-07-2023
Berita Auto

08-05-2023

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.