iPhone 15 Buat Hal Lagi!

Beberapa pemilik kereta BMW ada melaporkan Cip NFC Iphone 15 mereka tidak berfungsi selepas mengecas peranti itu dengan pad pengecasan ‘wireless’ dalam kereta mereka.
Aduan mereka disiarkan di beberapa laman sosial termasuk laman X.
Berdasarkan komen mereka di media sosial, cip NFC berhenti berfungsi sebaik sahaja iPhone 15 dihidupkan semula kerana ia bertukar ke mod pemulihan data dengan skrin putih.
Bagi yang tidak tahu, cip NFC di dalam iPhone adalah bagi membolehkan para pemilik menggunakan ciri Apple Pay dan juga kunci kereta digital
Malah, pengguna yang terjejas turut menerima mesej ralat “Could Not Set Up Apple Pay” dalam aplikasi Wallet. Setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian.
Susulan itu, ada segelintir pelanggan juga memaklumkan Apple sedia menggantikan iPhone mereka yang disahkan cip NFC gagal berfungsi.

Buat masa ini, aduan hanya membabitkan pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dan kemungkinan besar model iPhone 15 biasa juga terjejas berikutan isu yang sama.

Sehubungan itu, para pelanggan iPhone 15 diminta tidak menggunakan pad pengecasan wayarles dalam BMW.
Punca masalah ini masih belum diketahui memandangkan Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1797
SELANGOR
BSN4709
JOHOR
JYT4677
PULAU PINANG
PSA6603
PERAK
APG1384
PAHANG
CFF8501
KEDAH
KGE8361
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8675
KUCHING
QAB4282N
Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
