Motosikal Elektrik Made In Indonesia

Syarikat pelaburan tempatan, Artroniq Bhd akan melancarkan secara rasminya dua model motosikal elektrik United E-Motor di Piazza Pavilion Bukit Jalil pada pukul 2 nanti.
Bagi yang tidak tahu, United E-Motor adalah sebuah jenama motosikal elektrik ikonik di bawah naungan pengeluar basikal Indonesia PT Terang Dunia Internusa (PT TDI) yang sudah bersedia untuk menembusi pasaran Malaysia.
Malah, United E-Motor memiliki sejarah lebih 60 tahun di Indonesia, sekali gus mendorong ia menjalin kerjasama dengan Artroniq yang berperanan memasang dan mengedar produk jenama itu di Malaysia.


Kedua-dua model itu ialah TX3000 dan TX1800 namun harganya masih belum didedahkan lagi.
Artroniq Bhd berkata, kedua-dua model itu adalah motosikal rasmi G20.
“Ia dibawa masuk ke Malaysia selepas diuji dan disokong oleh pemimpin dunia semasa persidangan G20 pada tahun lepas.
“Jadi dengan pelancaran rasmi United E-Motor, ia sebenarnya menandakan komitmen PT TDI dan Artroniq Bhd untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan pilihan pengangkutan yang lebih inovatif, mesra alam, dan mesra pengguna.
Dengan permintaan yang terus meningkat, United E-Motor bersedia untuk memberi impak kepada landskap pengangkutan bandar Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan.

Bagi yang berminat, model TX3000 menawarkan prestasi yang mengagumkan dengan kelajuan tertinggi sehingga 90km/j dan jarak perjalanan sehingga 120 km setiap pengecasan penuh.
Sementara itu, TX1800 pula menawarkan kadar pengecasan 0 hingga 80% yang luar biasa dalam masa 1.5 jam.
Bagaimanapun, kedua-dua model ini mempunyai tempat duduk berengsel hidrolik, ada ruang di bawah tempat duduk yang sangat besar.
Selain itu, model berkenaan turut dilengkapi dengan sambungan Bluetooth, ada butang SOS, pemacu on/off, penjejak motosikal, papan pemuka langsung, dan banyak lagi.

Apa yang cukup menarik ialah Malaysia merupakan negara pertama yang mengimport jenama ikonik Indonesia di mana Artroniq Bhd akan mewujudkan sebuah kedai konsep pengedaran dan pengalaman di tiga lokasi.
Namun butiran lanjut mengenai tiga lokasi hanya yang akan diumumkan pada tahun depan nanti.
Artroniq Bhd berkata, dengan kemasukan jenama itu ke Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan untuk membeli motosikal luar biasa itu.
Maka, dengan pertumbuhan stabil United E-Motor dan kemampuan Artroniq dalam pembinaan dan pengedaran motosikal unik ini, kedua-dua pihak berminat untuk membawa kerjasama mereka kentahap yang lebih tinggi dengan mencuba pembuatan bateri motosikal elektrik dan pengecas serta stesen pertukaran bateri e-battery.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY5930
SELANGOR
BSQ2476
JOHOR
JYW9747
PULAU PINANG
PSC4159
PERAK
APH5640
PAHANG
CFG5547
KEDAH
KGG1256
NEGERI SEMBILAN
NEK4532
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB7970N
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat