EV Kecil Chery Dari RM51K Ini Boleh Pergi Sejauh 408KM! Little Ant Mini Dilancarkan Di China
-full_normal.webp)
Little Ant Mini Edisi. Baharu telah dilancarkan di pasaran China
Chery New Energy, subsidiari kenderaan elektrik (EV) Chery, telah melancarkan EV terbaru, Little Ant Mini, di pasaran China. Dua varian ditawarkan dengan harga daripada RMB77,900 ke RMB82,900 (~RM51,000 - RM54,000). Model “Edisi Baharu” ini tampil dalam rekaan yang hampir menyamai Toyota Aygo, tetapi dengan hanya dua pintu.
CIRI MEKANIKAL LITTLE ANT MINI
Kedua-dua varian, Standard dan High-End ditawarkan dalam versi pacuan roda belakang (RWD). Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Normal, Eco, Sport dan Epedal, dengan kelajuan maksimum 100 KM/J.
Varian Standard Little Ant Edisi Baharu dikuasakan oleh motor dengan output 49 HP/95 Nm. Kuasa dibekalkan oleh bateri litium ternary 28.86 kWh dengan jarak EV 301 KM atau bateri fosfat besi litium 25.05 kWh dengan jarak 251 KM. Terdapat juga pilihan bateri fosfat besi lithium 29.23 kWh dengan jarak 301 KM.
Varian High-End Little Ant Edisi Baharu pula dilengkapi dengan motor 76 HP/150 Nm. Dengan bateri lithium ternary 40.3 kWh, model ini boleh mencapai jarak EV yang lebih tinggi iaitu 408 KM.
Varian Standard dan High-End boleh dicas dengan pengecas pantas DC daripada 0 ke 80% dalam masa kurang daripada 40 minit.
REKA BENTUK LITTLE ANT MINI
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Model ini memiliki saiz yang hampir sama dengan Toyota Aygo
Dari segi dimensinya, Little Ant Mini berkepanjangan 3400 MM, berkelebaran 1670 MM, berketinggian 1550 MM dan dengan jarak antara roda 2150 MM. Untuk edisi kali ini, Little Ant telah dibangunkan dengan menggunakan rangka aluminium sepenuhnya bagi mengurangkan beratnya, menjadikannya hanya 920 KG.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Dari segi reka bentuk, model Edisi Baharu ini tampil berbeza daripada Edisi Klasik dengan logo QQ baharu. Di bahagian hadapan, model ini masih menggunakan gril berbentuk trapezoid dan juga rekaan lampu hadapan yang sama seperti sebelum ini.
Dari sudut tepi pula, dipasangkan dengan rim hitam 15 inci. Pada sudut belakang, model ini masih mengekalkan lampu belakang berbentuk bulat yang sama, namun kali ini, logo Chery pada bahagian ini telah digantikan dengan nama penuh jenama dalam bahasa Inggeris.
-full_normal.webp)
Tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu hijau, ungu, putih, kelabu, biru, hijau muda dan merah jambu.
KABIN LITTLE ANT MINI
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Skrin tengah boleh diubah dari orientasi lanskap kepada potret
Reka bentuk dalamannya kekal ringkas dengan gabungan warna putih, biru muda dan hitam sebagai warna asas. Antara kelengkapan yang disediakan ialah cermin solek bersaiz 190 cm, stereng dua warna dan skrin infotainmen bersaiz 10.1 inci. Model ini boleh memuatkan sehingga empat penumpang dengan konfigurasi tempat duduk 2+2.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Antara kemudahan yang disediakan di dalam kabin berkonsep minimalis ini
Pengguna juga dapat memanfaatkan kemudahan sambungan Bluetooth, pengecas tanpa wayar, fungsi WeChat dalam kereta dan sistem kawalan dari jarak jauh.
-full_normal.webp)
Tempat duduk dengan konfigurasi 2+2
Sumber: CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

