MPV Ini Ada 11 Tempat Duduk, Sesuai Untuk Keluarga Besar

Nampaknya, pengimport dan pengedar jenama Kia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd bakal melancarkan Kia Carnival pemasangan tempatan (CKD), dalam tempoh terdekat ini.
Ia susulan daripada status media sosial yang menunjukkan bahawa jentera itu sudah boleh ditempah sempena pra-pelancarannya.

Tertera post yang berbunyi:
“Open for Pre-Launch Booking NOW! All New CKD Kia Carnival 2.2D S11. Estimated price: RM218,000.
Sebaliknya, Dinamikjaya Motors masih berkunci mulut memandangkan tiada sebarang pengesahan dibuat secara rasmi setakat ini.

Oleh itu, info mengenai jentera 11 tempat duduk ini masih samar.
Bagaimanapun, berdasarkan post di media sosial, apa yang patut diberi perhatian ialah anggaran harga permulaan yang didakwa tidak rasmi adalah sekitar RM218,000.
Bagi yang tidak tahu, MPV ini dijual sebagai versi import sepenuhnya (CBU) yang berharga RM199,840.60 (tidak termasuk insurans).

Namun apa yang menjadi tanda soal ialah nampaknya harga versi CKD ini bukan diturunkan sebaliknya dinaikkan.
Ini mungkin atas dua alasan iaitu ia mungkin dilengkapi dengan lebih banyak ciri dan ameniti untuk tujuan keselesaan.
Faktor kedua ialah mungkin disebabkan kos tinggi untuk membuat versi pemasangan tempatan.
Apapun, ini cuma tanggapan kami.
Buat masa ini, Kia Carnival generasi keempat hadir dengan tujuh dan lapan tempat duduk yang dipasang secara tempatan di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah.

Ia berharga antara antara RM233,528.80 dan RM261,228.80 tanpa insurans.
Apapun varian 7 dan 8 tempat duduk ini agak berbeza dengan varian 11 tempat duduk kerana ia dilengkapi dengan paparan dash digital, audio BOSE dan ciri ADAS.
Cuma apa yang sama ialah kesemua Carnival dijana oleh enjin diesel 2.2 liter CRDi Smartstream yang mampu menghasilkan kuasa setakat 199hp dan tork 440Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik E-Shift lapan kelajuan
Melihat post yang dibuat secara terbuka ini, berkemungkinan besar pihak Dinamikjaya Motors akan membuat kenyataan rasmi tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD6523
SELANGOR
BSR1576
JOHOR
JYB3682
PULAU PINANG
PSD3271
PERAK
APJ4170
PAHANG
CFG8716
KEDAH
KGG6573
NEGERI SEMBILAN
NEK7359
KOTA KINABALU
SJS5531
KUCHING
QAB580P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2024: Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM145,999
Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, memperkenalkan Kia Sportage generasi kelima, ke pasaran tempatan.
04-12-2024
Beli Kereta Kia & Menang 2 Tiket Ke Australia Open 2025
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif model Kia di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran kempen “Australia Open 2025 with Kia."
03-08-2024
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...
Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
03-07-2024
Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) keduanya di pasaran Malaysia, Kia EV9 2024 di The Exchange TRX.
11-06-2024
Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna
Mesti ramai tak percaya MPV ini boleh memecut laju.
27-05-2024
Kia EV9 Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia – 2 Varian, Dari RM369K
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia hari ini telah melancarkan Kia EV9 Serba Baharu. Ini spesifikasinya...
03-05-2024
KIA EV9: Ada 2 Varian, Harga Lebih RM400K
Bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan EV9 bermula hari ini.
06-04-2024
Kia Carnival 2024: 3 Varian, Harga Berbaloi
Kia Carnival 2024 adalah model yang sudah dikemaskini.
08-02-2024
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat