- Berita
- Berita Auto
- Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Pemasangan CKD Kia Sportage generasi kelima telah dimulakan di kilang Inokom, Kulim, Kedah.
Dalam satu wawancara bersama The Edge, CEO Bermaz Group, Datuk Francis Lee Kok Chuan mengesahkan bahawa syarikat telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
Lee menyatakan bahawa Bermaz menyasarkan Kia Sportage sebagai pendorong utama jualan, dengan sasaran jualan antara 4,000 hingga 5,000 unit setahun. Dinamikjaya Motors, cabang pengedaran Kia Bermaz, akan memasarkan model ini dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) sebelum memperkenalkan varian hibrid petrol-elektrik.



Kia Sportage generasi kelima ini terbukti sebagai salah satu model terlaris Kia di peringkat global. Jenama tersebut tidak mempunyai unit CBU untuk ditawarkan kepada Bermaz, oleh itu operasi CKD telah dilakukan.
Sebaik dilancarkan nanti, Kia Sportage generasi kelima ini akan bersaing dengan Honda CR-V dan Toyota Corolla Cross dalam segmen SUV C.

Kia Sportage baharu untuk Malaysia akan hadir dengan pilihan trenkuasa hibrid petrol-elektrik. Namun masih belum jelas sekiranya Bermaz (Dinamikjaya Motors) akan menawarkan versi HEV atau PHEV.


Di peringkat awal ini, Bermaz (Dinamikjaya Motors) akan menawarkan Kia Sportage dengan trenkuasa ICE.
Walaupun tidak mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai trenkuasa untuk pasaran Malaysia, Lee menyatakan bahawa Sportage di luar negara ditawarkan dengan pelbagai pilihan, termasuk petrol, diesel, hibrid ringan (MHEV), hibrid penuh (HEV) dan plug-in hibrid (PHEV).




Walaupun CKD, Sportage terbaru ini dijangka akan dipadatkan dengan pelbagai kelengkapan canggih.
Kia Sportage baharu dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) atau keempat (Q4) tahun ini. Kia Sportage akan membantu Bermaz memposisikan jenama Mazda ke tahap lebih tinggi dalam pasaran dengan model CX-60 akan datang.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan
Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.
12-12-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.
20-11-2024
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti
Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.
28-12-2023
Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…
Kia Sportage 2023 meraih anugerah 2022 TOP SAFETY PICK daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) tetapi...
29-08-2022
Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS
Harga Kia Sportage 2023 didedahkan untuk pasaran Amerika Syarikat.
07-04-2022
Imej Pertama Didedahkan, Kia Sportage Versi Khas Untuk Pasaran Eropah!
Kia Europe telah mempertontonkan imej rasmi pertama bagi Sportage yang dikeluarkan khas untuk pasaran Eropah.
28-09-2021
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
