Nissan Dedah EV Konsep, Hyper Force, Khas Untuk Peminat Game


Acara Japan Mobility Show 2023 yang kini sedang berlangsung menjadi pentas bagi syarikat automotif untuk mempamerkan beberapa hasil rekaan kereta yang menakjubkan. Salah satu model yang telah dipertontonkan ialah kereta konsep “hiper”, Hyper Force.


Diinspirasikan daripada model GT-R, Hyper Force merupakan sebuah kereta konsep yang dibangunkan untuk peminat perlumbaan dan permainan video.
MOD PEMANDUAN


Kereta konsep elektrik yang berprestasi tinggi ini dikuasakan oleh bateri keadaan-pepejal dengan kapasiti sehingga 1,000 kW. Ia dilengkapi dengan teknologi kawalan semua roda e-4orce Nissan yang meningkatkan kualiti pengendalian dan semasa di selekoh.




Hyper Force didatangkan dengan dua mod pemanduan iaitu ‘R’ untuk Racing dan ‘GT’ untuk grand touring. Dalam mod R, ruang kabin akan dicurahkan dengan lampu ambien merah. Empat skrin satelit di sekeliling stereng akan memaparkan data yang relevan dalam perlumbaan seperti cengkaman dan suhu tayar, tekanan tayar, suhu rotor brek, agihan kuasa dan sebagainya. Sementara itu, pengaktifan mod GT pula akan menghidupkan lampu ambien biru.
Pertukaran a di dalam kabin berdasarkan mod pemanduan ini dihasilkan dengan kerjasama Polyphony Digital Inc - syarikat di sebalik siri permainan simulasi perlumbaan Gran Turismo.
TEKNOLOGI AR DAN VR
Tidak terhenti di situ, kereta konsep ini turut boleh digunakan untuk pengalaman realiti terimbuh atau augmented reality (AR) dan realiti maya (VR).


Jika Hyper Force tidak bergerak, pemandu boleh menggunakan helmet khas dengan visor VR yang membawa pengguna ke dalam permainan video yang termasuk perlumbaan dalam talian.
Sementara itu, menggunakan visor AR pula, pemandu boleh berlumba dengan rakan atau pelumba digital lain di atas trek sebenar.

Nissan Hyper Force dipamerkan di Japan Mobility Show 2023 di Tokyo Big Sight sehingga 5 November.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8449
SELANGOR
BSU9450
JOHOR
JH2148J
PULAU PINANG
PSH3253
PERAK
APM8257
PAHANG
CFJ3750
KEDAH
KGJ7617
NEGERI SEMBILAN
NEM5487
KOTA KINABALU
SJV1193
KUCHING
QAB9740P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge