Pengecas DCFC 100 kW Gentari Kini Di CoE Proton, Ini Caj Yang Dikenakan...
-full_normal.webp)
Pengguna kenderaan elektrik (EV) kini boleh memanfaatkan kemudahan pengecas EV yang dibuka kepada orang awam di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd (Gentari). Kemudahan ini ditempatkan ruang parkir pelanggan bilik pameran Proton Crystal.
Pengecas yang disediakan ialah pengecas DCFC 100 kW dengan dua sambungan kabel yang membolehkan dua EV dicas sekaligus. Penggunaan kedua-dua kabel secara serentak akan menyalurkan kuasa 50 kW setiap sambungan.
-full_normal.webp)
Di fasiliti ini, pengecasan boleh dilakukan dengan bayaran RM2.40 sejam menggunakan aplikasi mudah alih JomCharge, Setel atau ChargEV pada bila-bila masa sepanjang hari.
Kemudahan pengecas DCFC ini disediakan hasil kerjasama antara Gentari dan subsidiari tenaga baharu Proton, PRO-NET pada 12 Oktober 2022. Kedua-dua syarikat ini telah meneroka pelbagai penyelesaian untuk mengukuhkan rangkaian pengecasan Malaysia.
-full.webp)
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, "Kami bersyukur kerana mempunyai rakan kongsi yang dinamik seperti Gentari, yang telah menyediakan pengecas DC pertama di ibu pejabat kami.”
"Kami berharap lebih banyak kerjasama seperti ini dapat dijalankan pada masa depan dalam rangkaian pengedar kami,” tambahnya.
Salah satu kerjasama sedemikian adalah pembangunan bukti konsep penyelesaian pengecasan EV mudah alih menggunakan Proton Exora. Tiga pengecas mudah alih, masing-masing dengan kuasa pengecasan 30 kW kini sedang diuji.
-full_normal.webp)
Kesemua tiga pengecas ini kini berada di bawah kontrak sementara dengan BMW Malaysia sementara kajian penggunaan dijalankan untuk menentukan permintaan terhadap konsep baharu tersebut.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, "Kami sangat gembira untuk melangkah ke hadapan dalam kerjasama strategik dengan Proton melalui pelancaran rangkaian fasiliti pengecasan untuk menyokong kemasukan Proton ke dalam pasaran EV Malaysia."
PRO-NET juga bekerjasama dengan Gentari untuk menyediakan pengecas pantas di pusat-pusat pengedaran Proton. Lima pengecas DC Gentari akan didirikan sebagai sebahagian daripada fasa pertama program ini menjelang hujung tahun 2023, dengan rancangan untuk menyediakan dua puluh pengecas EV secara keseluruhannya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7926
SELANGOR
BSP7495
JOHOR
JYW2126
PULAU PINANG
PSC476
PERAK
APH2743
PAHANG
CFG4280
KEDAH
KGF7189
NEGERI SEMBILAN
NEK3364
KOTA KINABALU
SJR7558
KUCHING
QAB7231N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat