SDRAC Serah 4 EV Kepada MBIP

Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) selaku pemegang lesen francais eksklusif bagi Hertz di Malaysia hari ini menyerahkan empat kenderaan elektrik (EV) kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk urusan rasmi.
Penyerahan itu diikuti dengan perjanjian pajakan EV yang ditandatangani antara SDRAC-Hertz dan MBIP ketika berlangsungnya pameran International Greentech & Eco Products Exhibition Conference Malaysia (IGEM) 2023 baru-baru ini.
Difahamkan, perjanjian pajakan dengan MBIP adalah satu daripada dua usaha mobiliti hijau oleh SDRAC-Hertz yang bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan EV dalam perniagaan kereta sewa.

Ketua Pegawai Operasi, Sime Darby Rent-A-Car-Hertz Malaysia, Nahar Hakimy berkata, kerjasama itu mencerminkan kesungguhan pihaknya terhadap penyelesaian pengangkutan Lestari.
“Malah, ia melengkapi sasaran ESG oleh Kumpulan Sime Darby untuk memiliki lebih daripada 50% produk cekap tenaga dalam portfolio menjelang 2025.
“Kami telah mengambil langkah ke arah mengurangkan jejak karbon melalui penggunaan kenderaan elektrik dalam penawaran perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd Haffiz Ahmad pula berkata, pajakan empat EV dan kerjasama dengan SDRAC-Hertz hanyalah satu permulaan.
“Kami akan menambah jumlah EV sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon di Iskandar Puteri.
“Penggunaan kenderaan elektrik bukan sekadar pilihan tetapi kesunggguhan kami ke arah bandar dan negara yang lebih bersih, lebih hijau dan lestari. Ini juga selari dengan Pelan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan,” katanya.

Menerusi empat EV yang dipajak, salah satunya adalah Hyundai Ioniq 5 Plus, yang akan digunakan oleh Datuk Bandar manakala yang baki ialah Hyundai Kona E-Max dimana ia akan digunakan oleh penguatkuasa majlis bagi menjalankan tugas harian mereka.
Perjanjian pajakan tersebut juga lengkap dengan pakej menyeluruh, termasuk jaminan
tanpa had perbatuan, ketersediaan kenderaan ganti, penyelenggaraan, alat ganti, insurans, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24/7.
Untuk memastikan pengalaman yang menyenangkan bagi MBIP, SDRAC-Hertz juga mengambil tanggungjawab untuk menyelenggara barisan kenderaan bagi unit yang dipajak itu.
Rakan Sewaan EV eksklusif bagi IGEM 2023 hingga 2030
SDRAC-Hertz juga turut memperkukuhkan kesungguhannya terhadap usaha mesra alam dengan melanjutkan peranannya sebagai rakan sewaan rasmi bagi EV untuk IGEM hingga 2030.
Kerjasama strategik ini menggariskan dedikasi SDRAC untuk memupuk amalan kelestarian dan mempromosi penyelesaian mobiliti hijau.

Sebagai rakan sewaan EV khusus untuk IGEM, SDRAC-Hertz akan memberikan akses kenderaan EV bagi pengunjung dalam usaha untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang mesra alam untuk dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.
Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia Alliances (GTMA), Elina Jani berkata, kerjasama antara IGEM dan SDRAC-Hertz menandakan satu lagi kerjasama jangka panjang yang selari dengan misi penting “Race Towards Net Zero” IGEM.
SDRAC-Hertz dengan jelas sedang menuju ke arah pengangkutan bersih sepenuhnya, sebagai satu daripada pelopor industri yang menampilkan kepimpinan mereka terhadap perubahan iklim.
Kami berharap agar usaha ini akan menggalakkan lagi kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam mempergiat peralihan Malaysia ke arah pengangkutan hijau sepenuhnya,” jelasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
