Sime Darby & Gentari Bekerjasama Majukan Infrastruktur EV
-full_normal.jpg)
Sime Darby Motors (SDM) dan Gentari Sdn Bhd, menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di dalam rangkaian Sime Darby Motors dan di kawasan awam. Usaha lain bagi menggalakkan penggunaan EV juga akan dilaksanakan melalui kerjasama ini.
SDM dan Gentari akan bekerjasama untuk menubuhkan stesen pengecas EV dan infrastruktur berkaitan di fasiliti-fasiliti automotif SDM di seluruh Malaysia serta di pasaran serantau lain di bawah SDM. Kawasan awam seperti kelab golf, hotel dan fasiliti perubatan turut akan dipertimbangkan dalam usaha untuk meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan cas EV.
-full_normal.jpg)
[Daripada kiri ke kanan] Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran, Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong, dan Macau, Jeffrey Gan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli dan Ketua Pegawai Operasi Gentari Green Mobility, Haikal Zubir.
Selain itu, bagi menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, kerjasama ini juga memperlihatkan kedua-dua syarikat bekerjasama menjalankan penyelidikan perkhidmatan nilai tambah untuk pelanggan SDM, seperti pelan langganan cas EV, pakej pengecas EV di rumah serta perkhidmatan pengecas mudah alih.
-full.jpg)
Untuk memenuhi keperluan perniagaan dan kerajaan yang mencari pilihan pengangkutan yang lebih bersih dan mampan, potensi lain kerjasama dalam penyelesaian kenderaan EV akan dikaji.
Perjanjian ini juga membenarkan penilaian pelbagai projek dan program kerjasama dengan matlamat menggalakkan penggunaan EV, memperkukuhkan infrastruktur dan menghasilkan produk dan perkhidmatan berkaitan EV baharu. Di samping itu, MoU ini turut merangkumi penyelidikan projek tenaga solar serta pemasangan sistem tenaga solar.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit
Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.
26-02-2025
Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari
Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
10-01-2025
Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW
Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.
20-11-2024
BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors
Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.
02-10-2024
BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800
Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.
06-09-2024
Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa
Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
26-06-2024
UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby
Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).
24-03-2024
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge