Supercharger Tesla HANYA Untuk Pengguna Tesla Di Sunway Pyramid

Hanya beberapa bulan selepas memasuki pasaran Malaysia, Tesla Malaysia telah memperlihatkan komitmen dalam memenuhi keperluan pelanggan. Walaupun buat masa ini penyerahan model Tesla masih belum dibuat kepada pembeli tempatan, pembangunan rangkaian Supercharging Tesla terus diperluaskan secara konsisten.
Foto yang dikongsikan di atas menunjukkan stesen Supercharger terbaru Tesla yang akan mula beroperasi di pusat beli-belah Sunway Pyramid di Sunway, Petaling Jaya. Berdasarkan foto ini, terdapat empat unit Supercharger Tesla jenis V3 yang mudah diakses di pusat beli-belah tersebut sebaik melepasi “Kepala Singa.”

Unit pengecasan 250 kW seperti yang terdapat di Pavillion Mall KL ini dikhaskan untuk pemilik kenderaan Tesla sahaja, bermakna kemudahan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh pengguna EV jenama lain.
Sebelum ini, Tesla Malaysia pernah mengumumkan bahawa syarikatnya akan memberi akses kepada pengguna EV pelbagai jenama untuk 30% daripada 50 Supercharger terawal yang disediakan. Namun, sekiranya stesen Supercharger Tesla Sunway Pyramid terhad kepada kenderaan Tesla sahaja, bermaksud 30% Supercharger untuk pelbagai jenama ini akan ditawarkan di lokasi lain.


Diharapkan, 30% Supercharger yang dikatakan itu ditempatkan berdekatan dengan lebuh raya utama berbanding pusat beli-belah atau pusat bandar yang telah memiliki banyak infrastruktur pengecas EV yang disediakan oleh syarikat CPO lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur
Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
19-02-2026
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.
23-01-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights
Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.
21-10-2025
Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000
Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.
03-10-2025
Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli
Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini.
29-09-2025
Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj
Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.
11-06-2025
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat