SUV Coupe BMW X2 Bakal Ditawarkan Dalam Versi Elektrik, iX2 – Ini Spesifikasi Setiap Varian...

BMW telah secara rasminya memperkenalkan BMW X2 generasi kedua dalam bentuk coupe SUV yang lebih sporty. Turut diperkenalkan, varian elektrik sepenuhnya, iX2.
REKA BENTUK BMW X2 & IX2
Perubahan terbesar pada X2 generasi baharu adalah reka bentuk coupe SUV yang lebih agresif, menggantikan badan hatchback pada model sebelumnya. X2 baharu tampil lebih besar dengan penambahan panjang sebanyak 200 mm, lebar 21 mm, dan tinggi 64 mm berbanding model sebelumnya. Dimensi badan kali ini tidak jauh berbeza dengan BMW X1.


BMW X2 M35i (kiri) dan iX2 xDrive30 (kanan) generasi terbaru
BMW X2 generasi baharu turut hadir dengan rekaan gril kidney depan yang lebih besar dan lebar dengan pilihan cahaya LED pada bingkai gril, dikenali sebagai "Iconic Glow.” Gril ini diapit oleh lampu hadapan yang menyamai lampu pada X1, menggunakan pencahayaan dwi-LED yang sama.




Bagi model yang lebih berkuasa, X2 M35i, gril depan kali ini terdapat logo 'M' dan flap penyejuk aktif yang tertutup secara automatik apabila tidak diperlukan, meningkatkan aerodinamik X2. Manakala pada model elektrik, iX2, gril depan tertutup sepenuhya untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik dan jarak perjalanan maksimum yang lebih jauh.

Reka bentuk bumbung X2 yang elegan merupakan salah satu ciri aerodinamik SUV ini
BMW X2 tampil dengan rekaan bumbung yang lebih sporty dan elegan. Selain itu, ia juga menerima elemen aero tambahan, underbody, yang menjanjikan prestasi aerodinamik yang baik dengan nilai pekali seretan (coefficient drag) sebanyak 0.25 apabila digabungkan dengan bentuk badan SUV coupe.


Di bahagian belakang, kedudukan cermin belakang menyendeng dan diakhiri dengan spoiler gaya ducktail. Selain reka bentuk lampu belakang yang menarik, kedua-dua model X2 M35i dan iX2 turut menerima aksen bampar yang besar, yang turut menempatkan diffuser.
KABIN BMW X2 & IX2

Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, kedua-dua model, X2 dan iX2 tampil dengan reka bentuk kabin yang serupa. Kedua-duanya dilengkapi dengan dwi-paparan BMW iDrive terbaru yang terdiri daripada instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainmen sentuh 10.7 inci yang lebih besar. Infotainmen ini menggunakan sistem operasi BMW 9 yang terkini dan dilengkapi dengan perkhidmatan Airconsole BMW yang membolehkan pengguna bermain permainan video dan mengakses pelbagai perkhidmatan digital lain.


Model BMW X2 M35i menawarkan beberapa bahagian sporty 'M', termasuk tempat duduk hadapan dengan logo 'M', stereng 'M', dan upholsteri Alcantara pada tempat duduk, papan pemuka dan beberapa lagi bahagian lain. Sementara itu, model iX2 pula diberikan tempat duduk hadapan dengan fungsi ventilasi, serta pilihan upholsteri kulit dua warna.
CIRI MEKANIKAL BMW X2 & IX2


Kedua-dua iX2 dan X2 berkongsi platform UKL2 yang sama dengan model X1
BMW X2 dan iX2 berkongsi platform UKL2 yang sama dengan model X1. Di pasaran global tertentu seperti Amerika Syarikat, varian petrol X2 ditawarkan dalam dua versi, iaitu X2 xDrive28i dan X2 M35i xDrive yang lebih berprestasi tinggi.
X2 xDrive28i dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder yang serupa dengan X1, memberikan kuasa sebanyak 241 HP dan tork 400 NM. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan.


BMW X2 M35i
Sementara itu X2 M35i xDrive menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder TwinPower Turbo yang sama seperti X1 M35i. Enjin ini menghasilkan 312 HP dan tork 400 NM, membolehkan X2 M35i bergerak dari 0 hingga 96 KM/J (60 MPH) dalam masa 5.2 saat.


BMW iX2 akan ditawarkan dalam varian tunggal, xDrive 30
Model elektrik iX2 pula ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu xDrive30. Model ini diberikan sistem dwi-motor pacuan semua roda (AWD) dengan jumlah output sistem 309 HP (230 kW) dan tork 494 NM, membolehkan iX2 bergerak dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 5.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 KM/J.


Kuasa dibekalkan oleh pek bateri berkapasiti 64.8 kWh, memberikannya jarak perjalanan EV maksimum 449 KM. Untuk pengecasan, bateri tersebut menyokong pengecasan AC 22 kW dengan masa pengecasan 3 jam 45 minit. Untuk pengecasan lebih pantas (DC) pula, ia boleh menerima kadar maksimum 130 kW, dengan masa pengecasan hanya 29 minit dari 10% hingga 80%.


BMW X2 generasi terbaru akan membuat penampilan awam pertamanya di Japan Mobility Show (JMS) 2023 di Tokyo pada 26 Oktober. Penghantaran untuk X2 dengan enjin pembakaran (ICE) ini dijangka bermula pada Mac 2024 di pasaran global tertentu termasuk Amerika Syarikat.

Model generasi baharu ini akan dikeluarkan di kilang BMW Group, Regensburg di Jerman
Sementara itu, model elektrik iX2 tidak ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dan dijangka akan tiba di beberapa pasaran Eropah dan Asia pada tahun 2024.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
Berita Terkini
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu
Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.
20-07-2026
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat