Tekad Ubah Landskap EV Di M'sia

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan Dongfeng Motor Industry Imp. & Exp. Co., Ltd. (DFMIEC), yang merupakan anak syarikat kepada pengeluar kereta terkemuka di China, Dongfeng Motor Corporation (DFMC), menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Cyberjaya, baru-baru ini.
MoU itu dimeterai untuk mengubah landskap automotif di Malaysia dan mempercepat pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini.
Menerusi kerjasama bersejarah ini, terdapat visi bersama untuk merangsang perkembangan EV dan mempercepat pembangunan ekosistem EV yang kukuh, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di rantau yang lebih luas.
Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden PEKEMA Malaysia, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, kerjasama antara PEKEMA dan DFMIEC menunjukkan kesungguhan kedua-dua pihak dalam berkongsi dan menyelaraskan diri dengan industri automotif yang sedang berkembang.
Melalui kerjasama ini dengan syarikat milik negara China, PEKEMA akan memulakan satu perjalanan yang tidak hanya bakal mengubah hala tuju persatuan, tetapi juga akan memberi sumbangan yang besar ke arah masa depan elektrifikasi Malaysia.
“Kerjasaama PEKEMA dengan DFMIEC, merupakan satu langkah besar dalam misi kami untuk membuka era mobiliti yang lebih mesra alam di Malaysia.
"Landskap EV di Malaysia berada di lingkungan pertumbuhan yang luar biasa, dan kerjasama ini meletakkan kami di puncak perubahan. Ini adalah satu peristiwa bersejarah untuk membentuk semula masa depan pengangkutan di tanah air,” katanya.
PEKEMA dan DFMIEC akan bersatu tenaga untuk mengkaji dan mengemudi dalam landskap pasaran EV yang sentiasa berubah di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Kerjasama ini tidak hanya akan memperkenalkan penyelesaian pengangkutan yang inovatif dan mesra alam, tetapi juga akan memberikan dorongan kepada pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan, seiring dengan visi kerajaan Malaysia untuk masa depan yang lebih lestari.

“Pencapaian cemerlang dan pengalaman luas DFMIEC dalam industri automotif memberikan nilai tambah yang besar kepada inisiatif ini. Dengan fokus yang kukuh pada penyelidikan dan pembangunan, DFMIEC telah menunjukkan komitmen dalam penghasilan pelbagai jenis kenderaan penumpang, kenderaan komersial, kenderaan tenaga baharu, dan komponen asas.
"DFMIEC juga telah memulakan usaha yang berani untuk memperluaskan kehadiran mereka dalam pasaran EV di luar negara, terutamanya di Malaysia, di mana potensi besar untuk kenderaan elektrik pacuan kanan masih belum dimaksimumkan sepenuhnya,” tambahnya.
Melalui kerjasama strategik ini, PEKEMA dan DFMIEC tekad melakukan keperluan penting seperti memperkuatkan saluran penjualan untuk EV di Malaysia dan memperluaskan ke pasaran di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, PEKEMA dan DFMIEC juga akan berkerjasama menyelidik pelaburan bersama dalam pembinaan fasiliti pemasangan dan pengeluaran kenderaan elektrik di Malaysia.
Ini termasuk bekerjasama erat dengan pihak-pihak berkenaan di Malaysia untuk menyelaras proses pengimportan kenderaan dan menggalakkan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik.
Kerjasama ini juga bakal meningkatkan peranan PEKEMA dalam mempromosikan pelbagai jenama dan produk kenderaan, serta membina rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang lengkap.
Difahamkan, jalinan kerjasama ini juga bakal memulakan pelaburan bersama dalam pengeluaran dan pemasangan komponen-komponen kenderaan elektrik sekaligus berusaha untuk mendapatkan insentif-insentif khas dari pihak kerajaan Malaysia.
Kerjasama ini juga menandakan perubahan besar dalam model perniagaan PEKEMA, kerana persatuan itu mula beralih dari pengimportan tradisional kepada revolusi mobiliti elektrik.
“Kami, bersama-sama dengan DFMIEC, mempunyai cita-cita untuk memimpin usaha dalam memajukan mobiliti elektrik dan ekosistem tenaga baharu. Kami yakin bahawa usaha ini akan memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan dan kemakmuran Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara yang lebih luas,” jelas Nazari.
Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran PV Oversea DFMIEC, Zhao Xiaojie berkata, model NEV RHD pertama mereka akan dilancarkan di pasaran sekitar pertengahan tahun depan.
“Hari ini, kami berkumpul di Malaysia sebagai hentian pertama bagi kerjasama model RHD. Keputusan ini telah dipertimbangkan dengan teliti dalam konteks sokongan besar kerajaan Malaysia kepada NEV dan kesungguhan kerjasama rakan kami," katanya.
Beliau menambah bahawa pada masa akan datang, DFMIEC akan terus berusaha untuk menyokong proses elektrifikasi Malaysia dan memberi keutamaan kepada pengeluaran tempatan di Malaysia bagi membawa lebih banyak produk EV yang lebih baik kepada negara-negara ASEAN.
Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, pengintegrasian teknologi EV ke dalam ekosistem automotif Malaysia adalah langkah penting menuju kelestarian alam sekitar.
“EV menawarkan alternatif yang lebih bersih dan hijau kepada kenderaan tradisional berasaskan enjin pembakaran dalam. Dengan menerima EV, kita menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan membantu Malaysia memenuhi komitmen untuk masa depan yang lebih mampan,” ujarnya.
Kata Azrul lagi, EV mewakili teknologi canggih, prestasi yang lebih unggul, dan kos operasi yang lebih rendah. Kerjasama dengan syarikat terkemuka dari China akan membawa teknologi canggih ini ke Malaysia, memastikan negara kita kekal unggul dalam arena automotif global.
“China Dongfeng Motor Industry Import & Export Co. Ltd., yang beribu pejabat di Wuhan, Hubei, merupakan pengeluar kereta berstatus kerajaan yang terkemuka dan salah satu kumpulan automobil terbesar di China. Keputusan mereka untuk berkerjasama dengan PEKEMA memberikan petanda yang kuat tentang potensi teknologi kenderaan elektrik dan kelebihannya bagi negara kita,” ujarnya.
Tambah beliau, kerjasama ini melambangkan komitmen kolektif PEKEMA untuk membina ekosistem automotif yang mampan, canggih dari segi teknologi, dan bersaing di peringkat global. Ia sejajar sepenuhnya dengan visi MARii untuk menggerakkan transformasi industri automotif Malaysia menjadi pemain utama di pentas dunia,” ujarnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR5654
SELANGOR
BSN5546
JOHOR
JYT6311
PULAU PINANG
PSA7986
PERAK
APG2370
PAHANG
CFF9178
KEDAH
KGE9045
NEGERI SEMBILAN
NEJ8528
KOTA KINABALU
SJR374
KUCHING
QAB4542N
Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Sampai Bila Jenayah Pemandu Mabuk, Pengaruh Dadah Terus Ragut Nyawa
Harap Ada Tuntutan Hukuman Lebih Berat: Pemandu Mabuk Punca Kematian Sia-Sia.
30-03-2026
Lesen Mati Lebih 36 Bulan Tak Dapat Subsidi Budi95
Syarat Baharu BUDI95: Pastikan Lesen Memandu Aktif, Elak Hilang Kelayakan Subsidi.
26-03-2026
Berapa Liter Budi95: 200 Liter Sebulan
Hampir 90% Rakyat Tak Terjejas? Ini Fakta Penyelarasan BUDI95 Yang Perlu Anda Tahu.
26-03-2026
Tindakan Tegas Pemandu Kereta Asing Isi RON95 Mulai 1 April Ini
Pemandu kenderaan asing isi RON95 kini boleh didakwa bermula 1 April 2026.
26-03-2026
Subsidi Petrol 300 Liter Bakal Dipotong Kepada 200 liter Mulai April Ini - Laporan The Edge
Kuota Subsidi RON95 Dipotong? Rakyat Mungkin Hanya Dapat 200 Liter Bermula April.
26-03-2026
Isi Penuh Sekarang! Harga Diesel Semenanjung Naik Ke RM5.52 Mulai Tengah Malam Ini
Semak senarai penuh harga Diesel, RON95 dan RON97 terkini bagi 26 Mac 2026.
25-03-2026
Isi Petrol + But Kereta = Tragedi. Ini Penjelasannya
Tindakan isi minyak ke tong dalam but kenderaan boleh cetus kebakaran
25-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat