Tesla Model Y Dikemaskini Di China - Jarak EV Lebih Jauh, Lebih Pantas & Bergaya!

Tesla telah mengemaskini Model Y untuk pasaran China
SUV elektrik, Tesla Model Y untuk pasaran China telah dikemaskini secara mengejut minggu ini. Pembaharuan ini dibuat lebih awal daripada kemas kini besar-besaran yang telah dijadualkan pada 2024. Bagi kemas kini yang dibuat kali ini, Model Y menerima beberapa peningkatan kosmetik dan kelengkapan kecil, serta prestasi yang lebih baik.

Model Y China kini hadir dengan rim Gemini bersaiz 19 inci dalam rekaan yang lebih aerodinamik
Secara visual, Model Y yang telah diperbaharui di pasaran China ini menggunakan rim Gemini 19 inci baharu dengan reka bentuk terkini yang lebih aerodinamik. Rim kali ini juga dicat dengan warna baharu, hitam, menggantikan warna perak yang digunakan sebelum ini. Rekaan aerodinamik rim kali ini memberikan Model Y jarak perjalanan CLTC yang lebih baik.

Mengenai jarak perjalanannya, Model Y varian asas pacuan roda belakang (RWD) bertambah sebanyak 9 KM berbanding sebelumnya, menjadikan jarak CLTC terbaru sejauh 554 KM. Sementara itu, varian Long Range pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor kini boleh mencapai jarak sejauh 688 KM, tambahan sebanyak 28 KM berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, jarak perjalanan maksimum kekal sama bagi varian tertinggi, Performance.

Varian asas, RWD, kini satu saat lebih pantas (pecutan di laluan lurus)
Dari segi prestasi, RWD kini satu saat lebih pantas dengan kemampuan pecutan dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 5.9 saat, berbanding 6.9 saat sebelum ini. Namun, Tesla tidak mendedahkan penaiktarafan yang diberikan secara terperinci kepada varian ini sama ada dari segi unit penggerak, output bateri atau perubahan kepada perisian.


Sementara itu, prestasi pemanduan bagi model Long Range AWD dan Performance kekal tidak berubah dari sebelumnya.
Bergerak ke bahagian dalam, Model Y yang dikemaskini ini menerima perubahan kosmetik kecil. Antara yang terbaru adalah termasuk pencahayaan ambien RGB pada papan pemuka, dengan kemasan tekstil papan pemuka baharu menggantikan veneer kayu pada model sebelum ini.
Peningkatan terbesar pada Model Y kali ini ialah perkakasan baharu, Hardware 4.0 (HW4), yang meningkatkan lagi prestasi pemanduan autonomi kreta, selain tahap NVH yang lebih baik.
Walaupun ditambah dengan beberapa ciri baharu yang lebih baik, harga bagi Model Y yang telah dikemaskini di pasaran China ini kekal tidak berubah dari versi sebelumnya, dengan model asas, RWD dijual pada harga bermula dari CNY 263,900 (~RM173,021). Sementara itu, varian Long Range AWD dan Performance masing-masing dijual pada harga CNY 299,900 (~RM193,119) dan CNY 349,900 (~RM225,316).

Harga kekal sama seperti versi terdahulu
Buat masa ini, tidak pasti sekiranya Model Y yang diberikan pembaharuan kecil ini akan diimport masuk ke pasaran Malaysia walaupun kesemua model yang dibawa ke negara ini dihasilkan di kilang sama, Tesla Gigafactory Shanghai. Untuk makluman, penghantaran Model Y ke Malaysia hanya akan bermula pada tahun 2024, walaupun menerima tempahan yang tinggi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1684
SELANGOR
BSN9652
JOHOR
JYU4047
PULAU PINANG
PSB2537
PERAK
APG4811
PAHANG
CFG1469
KEDAH
KGF1794
NEGERI SEMBILAN
NEJ9743
KOTA KINABALU
SJR2741
KUCHING
QAB5235N
Terakhir Kemas Kini 10 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat