BMW Belanja Video Sipi-Sipi BMW X2

BMW mendedahkan satu klip video pendek mengenai BMW X2 di halaman Instagramnya baru-baru ini.
Pendedahan itu memberi bayangan bahawa ia bakal mendarat di pasaran tidak lama lagi.
Menerusi klip video itu, ia cuma menampilkan siluet jentera itu di bahagian sisi dan kemudian bahagian hadapan.
Ia turut menayangkan lampu hadapannya termasuk bahagian gril yang bercahaya.
Namun, gambarnya cuma sipi, menyebabkan kami di CariCarz.com mendapati rekaannya seolah-olah BMW i7.

Namun berbeza sedikit dengan gril i7 yang dilihat lebih besar dan segi empat sama, namun X2 pula menampilkan bentuk yang lebih poligon yang diinspirasikan oleh X6 yang dipertingkatkan.
Dari sudut signatur pencahayaannya, ia mendapat reka bentuk serupa yang kami lihat pada X1 baharu kerana ia menampilkan elemen cahaya berkembar secara mendatar dengan grafik LED yang berbeza.
Beralih ke bahagian profil, nampaknya X2 ini menampilkan pendirian yang lebih terangkat dan lebih tinggi berbanding model gen semasa seperti hatchback.
Antara perbezaan utama di adalah overhang belakang yang lebih panjang, yang membolehkan garis bumbung sportynya lebih memanjang dan lebih licin.


Bagaimanapun, video itu tidak mendedahkan sebarang trenkuasa jentera itu namun ia berkemungkinan besar akan menerima spesifikasi asas seperti mana BMW X1.
BMW X1 M35i xDrive gen terkini disumbat dengan pengecas turbo 4-silinder 2.0 liter yang menghasilkan 312 hp.
Sebaliknya, ada juga desas-desus mengatakan bahawa X2akan didatangkan dalam versi elektrik dan dikenali sebagai iX2.
Kami juga boleh menjangkakan ia iX2 mendapat sokongan platform FAAR (Frontantriebsarchitektur). yang sama seperti iX1, dimana ia menggunakan pek bateri 64.7-kWj.


Ini membolehkan ia bergerak sejauh 439 kilometer dengan hanya sekali cas.
Bagi rangkaian kuasanya, iX1 eDrive 30 yang berspesifikasi tinggi mendapat persediaan motor berkembar dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 308 hp.

Maka, kami menjangkakan iX2 akan mendapat persediaan yang sama. Selain itu, kami tidak dapat memberi gambaran jelas mengenai BMW X2 sehingga ia dilancarkan secara rasmi nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

