ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Alphard & Vellfire Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM438K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_Toyota-Alphard-82.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-022.jpg


UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu untuk pasaran Malaysia secara rasmi. Kedua-dua ditawarkan dalam satu varian.


CIRI MEKANIKAL TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Dari segi mekanikal, kedua-dua model ini dibangunkan berdasarkan platform GA-K Toyota, yang menjanjikan peningkatan kekukuhan sehingga lebih daripada 50% berbanding dengan edisi sebelumnya. Namun, dari segi enjin, pasaran Malaysia menerima sistem yang berbeza. 


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-02.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-17.jpg


Pertama, Alphard generasi keempat versi Executive Lounge dikuasakan oleh enjin yang sama yang digunakan pada model Vellfire pasaran Jepun dan kembar mewah Alphard, iaitu Lexus LM yang baharu, enjin turbo 2.4 liter 4 silinder. Enjin berkuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift untuk menghasilkan 278 PS dan 430 NM.


Web_CariCarz_Toyota-Vellfire-004.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-081.jpg


Sementara itu, Vellfire untuk pasaran Malaysia pula dipasangkan dengan enjin yang ‘kurang berkuasa’ iaitu 2.5 liter 4-silinder nat-asp 2AR-FE. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi CVT 7-kelajuan dengan output 182 PS dan 235 NM. 


LUARAN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-45.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-56.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-62.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-37.jpg


Alphard didatangkan dengan pelbagai ciri premium seperti lampu depan LED Tri-Eyes yang disesuaikan dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED berjujukan yang bergaya. Lampu ini mengapit gril yang direka elegan dengan corak putus-putus.


Web_CariCarz_Toyota-Vellfire-111.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-023.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-020.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-008.jpg


Sementara itu, Vellfire pula tampil menyerlah dengan gaya yang lebih sporty. Di hadapan, model ini menggayakan gril bar krom yang disusun melintang, selain diberikan bampar yang diapit oleh komponen ambilan udara palsu. Vellfire juga menerima kemasan krom tambahan pada bahagian luar, termasuk pada bibir depan dan belakang, keliling tingkap, pemegang pintu dan banyak lagi.


Dari sudut tepi, dapat dilihat kedua-duanya dipasangkan dengan rim aloi bersaiz 19 inci. 


KABIN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-66.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-74.jpg


Bergerak masuk ke dalam ruang kabin, Alphard Executive Lounge dilengkapi dengan tempat duduk VIP Executive Lounge khas di barisan kedua. Ruang ini menampulkan dua tempat duduk kapten dengan fungsi pelarasan automatik, urut, dan pengudaraan, selain turut ditawarkan dengan ciri tumpang sepenuhnya serta sokongan ottoman. 


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-68.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-71.jpg


Tempat duduk barisan kedua Alphard ini dilengkapi dengan panel kawalan bersaiz telefon pintar yang membolehkan penumpang mengakses fungsi pelarasan tempat duduk dan pengurutan, sistem hiburan, pendingin hawa, pembukaan pintu, pencahayaan kabin dan kawalan bumbung suria. Bagi penumpang belakang, terdapat skrin infotainmen 14-inci yang dipasang pada bahagian tengah headliner Alphard, yang juga mempunyai beberapa butang kawalan. 


Web_CariCarz_Toyota-Vellfire-093.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-087.jpg


Sementara itu, Vellfire versi Malaysia pula direka berdasarkan varian Z Premier yang ditawarkan Jepun. Kabinnya dilengkapi dengan ciri seperti dua tempat duduk kapten di baris kedua dengan fungsi pelarasan automatik dan pengudaraan, bumbung suria berasingan dan banyak lagi. Berbeza dengan Alphard, tempat duduk Vellfire tiada fungsi urut, baring sepenuhnya atau sokongan ottoman.


Web_CariCarz_Toyota-Vellfire-039.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-069.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-050.jpg


Secara standard, kedua-dua model dilengkapi dengan skrin infotainmen 14 inci yang menerima sambungan  Android Auto dan Apple CarPlay  tanpa wayar. Di bawah skrin ini teradpat panel kawalan pendingin udara. Selain itu, terdapat paparan multi-info TFT 12.3 inci, stereng boleh laras dengan fungsi memori, sistem pencahayaan ambien 64 warna, sistem audio JBL 15 speaker, pad pengecas tanpa wayar dan sebagainya. 


WARNA TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE



Kedua-dua model ini didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja) dan Hitam. 


CIRI KESELAMATAN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-16.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Alphard-18.jpg


Dari segi keselamatan, kedua-dua Alphard dan Vellfire yang baharu hadir dengan pakej keselamatan terkini iaitu Toyota Safety Sense 3.0 ADAS. Pakej keselamatan ini menambah pelbagai ciri keselamatan aktif seperti sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS), Kawalan Kelajuan Radar Dinamik (DRCC), Amaran Keluar Lorong (LDA), Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), dan Bantuan Tanda Jalan (RSA), di samping ciri keselamatan pasif standard seperti ABS dengan EBD, kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (VSC) dan banyak lagi.


HARGA JUALAN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-81.jpgWeb_CariCarz_Toyota-Vellfire-021.jpg


Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dipasarkan di Malaysia sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari kilang Mie Toyota di Jepun. Harga jualan  Vellfire 2.5 bermula daripada RM438,000, manakala Alphard 2.4T Executive Lounge pula daripada RM538,000. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans serta spesifikasi tambahan. Pembelian adalah termasuk jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan selama 5 tahun. 


Web_CariCarz_Toyota-Alphard-85.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS7644

SELANGOR

BSU2342

JOHOR

JF2759J

PULAU PINANG

PSG1461

PERAK

APL9202

PAHANG

CFH9258

KEDAH

KGJ3510

NEGERI SEMBILAN

NEM1845

KOTA KINABALU

SJU4283

KUCHING

QAB7095P

Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Berita Auto

UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.

09-02-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .

05-12-2025
Berita Auto

Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

15-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.