Tular! Pemandu Lori Sampah Kena Pukul

Sebab hon kena bantai!
Itu nasib malang seorang pemandu lori sampah yang dipukul kerana membunyikan hon bertubi-tubi kerana mahu meminta pemandu kereta di hadapan mengalihkan kenderaannya.
Kejadian berlaku di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam semalam.
Insiden itu turut tular di media sosial yang menunjukkan lelaki berbaju hitam pada mulanya mengertak pemandu lori sampah dengan sebatang kayu.

Suspek kemudiannya bertindak agresif apabila dirakam memanjat lori sampah itu semata-mata untuk memukul mangsa.
Akibat kejadian itu, pemandu lori sampah itu cedera di tangan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan pihaknya mengesan satu video berhubung kejadian itu yang tular di Facebook.
"Pada masa sama, polis turut menerima laporan daripada lelaki berusia 37 tahun.
"Mangsa memaklumkan kejadian berlaku jam 9.30 pagi ketika sedang memandu lori untuk mengutip sampah di kawasan Panchang Bedena. Mangsa kemudian membunyikan hon untuk meminta suspek mengalihkan kenderaannya.
"Namun suspek bertindak agresif dengan datang ke arah mangsa dan memarahi, mengugut serta memukulnya dengan kayu," katanya.
Mangsa turut trauma kerana suspek membuat ugutan ke atas dirinya.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Farid Sutrisno Tanjung (019-3224855).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

