Ada Yang Kata Xiaomi SU7, Pesaing Tesla?

Xiaomi telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen jualan bagi kenderaan elektrik pertamanya, Xiaomi SU7 kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT), China.
Ia yang menggunakan kod nama MS11 dikeluarkan secara kontrak oleh Beijing Automotive Industry Holding Co. Ltd (BAIC) dan bukannya Xiaomi sendiri.
Buat masa ini, banyak butiran Xiaomi SU7 tidak didedahkan secara terperinci namun beberapa laporan tempatan mengesahkan Xiaomi bakal menawarkan tiga varian untuk model ini; SU7, SU7 Pro serta SU7 Pro Max.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,997 mm, lebar 1,963 mm dan jarak roda 3,000 mm.
Ada yang mengatakan ia akan ditawarkan dua pilihan rim bersaiz 19 dan 20 inci.
Malah, pembelinya boleh membuat pesanan kereta itu dengan sensor Lidar, yang terletak di belakang cermin depan untuk menyediakan ciri bantuan pemandu tercanggih.
Mengenai trenkuasa pula, pihak syarikat akan menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa: motor pacuan roda belakang (RWD) 220kW (295hp) dan motor pacuan semua roda 495kW (664hp) (220kW belakang dan depan 275kW).
Untuk model peringkat permulaan, bateri LFP pek daripada BYD akan digunakan manakala varian spesifikasi tinggi akan dipasang dengan pek CATL (NMC ternary).

Selain butiran itu, model varian tinggi dikatakan seberat 2,205 kilogram (kg) dimana ia mampu mencapai kelajuan maksimum pada 265 km/j.
Sementara itu, model yang lebih rendah, RWD pula cuma seberat 1,980kg dan kelajuan maksimum 210 km/j.
Berdasarkan laporan kami sebelum ini, kami ada menyentuh mengenai teknologi bateri Xiaomi SU7 di mana varian pacuan roda belakang (RWD) boleh bergerak sejauh 800 kilometer manakala pacuan semua roda (AWD), pula sekitar 600 hingga 650km.
Dikhabarkan, EV berkenaan bakal dilengkapi HyperOS Xiaomi iaitu sistem pengendalian yang dibangunkan secara dalaman.
Operasi pengeluaran SU7 akan bermula pada bulan Disember, dan penghantaran akan dibuat bermula Februari 2024.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR2265
SELANGOR
BSN4792
JOHOR
JYT4741
PULAU PINANG
PSA6781
PERAK
APG1484
PAHANG
CFF8543
KEDAH
KGE8425
NEGERI SEMBILAN
NEJ8190
KOTA KINABALU
SJQ8840
KUCHING
QAB4319N
Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas
Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.
24-03-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia
Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.
13-03-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?
Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?
06-03-2026
Geely Riddara Kaji Peluang Pasaran Malaysia – Trak Elektrik Cas Hanya 30 Minit
Riddara kini dilaporkan sedang mempertimbangkan pembinaan kilang pengeluaran EV di negara jiran.
02-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat