Ferrari Roma Spider Dilancarkan Di Malaysia – 612 HP, Dari RM3.2 Juta

Ferrari Roma kini rasmi di Malaysia. Model ini dilancarkan di bilik pameran pertama Ferrari di bawah pengimport rasmi baharu, Ital Auto Malaysia. Model convertible dengan bumbung jenis soft-top ini dilancarkan bersama dengan SUV Ferrari Purosangue.
Menggantikan Portofino M, kemunculan Roma Spider dalam pasaran merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah kereta sport Ferrari, kerana model ini merupakan model convertible soft-top pertama syarikat sejak model ikonik Ferrari 365 GT4 yang dilancarkan lebih lima dekad yang lalu.
CIRI MEKANIKAL DAN PRESTASI FERRARI ROMA SPIDER
Roma Spider dikuasakan oleh enjin V8 yang diambil daripada versi coupe. Enjin V8 berpengecas turbo 3.9L ini menghasilkan kuasa sebanyak 612 HP dan 760 NM. Enjin tersebut digabungkan dengan transmisi 8 kelajuan F1 DCT, seperti yang terdapat pada model Ferrari berprestasi tinggi lain misalnya SF90 Stradale.


Walaupun varian convertible ini 84 KG lebih berat berbanding coupe, Roma Spider masih mencatatkan angka prestasi yang sama iaitu pecutan 0-100 KM/J dalam hanya 3.4 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 320 KM/J.
REKAAN FERRARI ROMA SPIDER






Roma Spider kelihatan hampir serupa dengan kembar coupe-nya, menampilkan gaya badan sporty GT yang sama, bezanya, ia hadir sebagai sebuah model convertible. Menurut Ferrari, bumbung ini boleh beroperasi pada kelajuan sehingga 60 KM/J, dengan proses buka/tutup mengambil masa kira-kira 13.5 saat. Selain warna hitam, bumbung ini turut ditawarkan dalam pilihan warna lain dengan jahitan kontra.


Dari segi pilihan warna cat luaran kereta, Roma Spider baharu ditawarkan dalam warna badan baharu, Celeste Trevi, sebagai tambahan kepada warna eksklusif Ferrari lain seperti Rosso Corsa, Giallo Modena dan banyak lagi.
KABIN FERRARI ROMA SPIDER




Bergerak ke bahagian dalam kabin, Roma Spider diberikan sentuhan rekaan dalaman yang sama seperti model coupe dengan konsep kokpit berkembar. Ruang pemandu dilengkapi dengan kluster instrumen digital, sementara di bahagian tengah terdapat skrin infotainmen bersaiz 8.4 inci dengan kemampuan sambungan tanpa wayar Android Apple dan Apple CarPlay.
Di ruang penumpang (co-pilot) terdapat skrin yang ketiga, bersaiz 8.8 inci. Skrin ini membolehkan penumpang mengakses fungsi seperti kawalan pendingin hawa, media dan sebagainya.
Roma Spider menawarkan ruang simpanan bagasi yang luas, dengan kapasiti 225L, serta ruang duduk baris kedua yang selesa.
Ciri menarik lain di dalam kabin ini ialah stereng yang diberikan rekaan semula, kali ini tanpa butang kawalan jenis sentuh yang sukar dikendalikan kepada butang jenis tekan.
TEMPAHAN FERRARI ROMA SPIDER


Ferrari Roma Spider convertible dengan bumbung soft-top ini kini boleh ditempah di Malaysia pada harga bermula dari RM3.2 juta termasuk cukai dan duti. Pembelian adalah termasuk program waranti penyelenggaraan selama tujuh tahun di pusat servis rasmi Ital Auto Malaysia di Glenmarie.


Bagi yang ingin melihat kedua-dua model Ferrari yang telah dilancarkan, Roma Spider dan Purosangue, anda boleh mengunjungi bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia yang terletak di tingkat bawah Four Seasons Place, Kuala Lumpur.
Untuk info lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Ferrari di Malaysia, boleh layari laman web rasmi Ferrari Ital Auto Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia
Ferrari secara rasmi telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar baharunya di Malaysia.
09-05-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge