Harga smart#1 Didedah

Selepas beberapa info ringkas mengenai smart #1 didedahkan sejak beberapa bulan lalu, Smart Malaysia akhirnya mendedahkan harga kenderaan elektrik sepenuhnya, smart#1 di pasaran tempatan, sebentar tadi.
Acara pelancaran itu diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini., Kuala Lumpur dan dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, ia didatangkan dalam tiga varian iaitu, Pro, Premium dan Brabus.



Bagi varian PRO, ia dijual pada harga RM189,000, Premium (RM219,000) manakala BRABUS pula RM249,000.

Apa yang cukup mengagumkan ialah jentera ini didatangkan dengan lima pakej yang cukup menarik.
Antaranya:
• smartCharge home bernilai RM3,200 dengan dua tahun waranti
• Adaptor Vehicle to Load benilai RM800 (waranti dua tahun)
• Data internet 60GB
• Pakej aksesori RM2,000
• Perlindungan insurans smartPlus

·Untuk makluman anda, smart #1 ini dibangunkan berdasarkan platform Sustainable Electric Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely.
Mengenai dimensi, smart #1 membawakan ukuran sepanjang 4,270 mm, lebar 1,822 mm, tinggi 1,636 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm. Jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 182 mm.
Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang cukup bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan sebagai kenderaan elektrik pintar.
Ini kerana, penulis sudah menikmati kedua-dua pemanduan kedua-dua model berkenaan.
Bagi varian smart #1 Pro, ia disumbat dengan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 268hp dan tork 343Nm.
Dari segi pecutan pula, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.7 saat dan kelajuan maksimum pula 180km/j.
Sementara itu, model smart #1 BRABUS ialah kereta super berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran yang menarik dan dalaman terang dan dinamik prestasi yang benar-benar melancarkan prestasi nadi elektrik.
Varian smart #1 Pro menampilkan roda Aloi 19 inci, seretannya rendah untuk kestabilan dan Bumbung Halo Panoramik untuk cahaya dan pemandangan semula jadi.
Ia yang dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh membuatkan ia mampu bergerak sejauh 315 kilometer dengan hanya sekali cas.


Bagi varian smart #1 Premium pula, ia menawarkan tambahan ciri termasuk Lampu Depan CyberSparksLED + Matrix, grl hadapan bercahaya, dan Bateri NMC 66kWh.
Ia dilengkapi dengan motor tunggal 200kW/343Nm yang memacu roda belakang dan memberikan jarak WLTP sejauh 440km.


Varian smart #1 BRABUS pula direka untuk mereka yang mahukan prestasi tinggi. Varian ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.9 saat.
Varian Brabus ini dilengkapi denagan dua motor elektrik dan membuatkan ia boleh menghamburkan kuasa setakat 422hp dan 543 Nm.
Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.

smart #1 Brabus ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat.
Lebih menarik, kesemua varian smart #1 dilengkapi dengan bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2+.
Antara ciri standard ialahKawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Sokongan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCMS), Sokongan Pengelakan Pelanggaran Belakang (RCMS), Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
Terdapat juga Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengelakan Keluar Lorong (LDP), Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA) dan Belakang (RCTA), Amaran Bukaan Pintu (DOW), Pemantauan Titik Buta (BSD), Bantuan Lebuhraya (HWA), Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Bantuan Parkir Autonomi, Suluhan Tinggi Automatik (AHB), Brek Kecemasan Parkir (PEB) dan Bantuan Parkir Visual 360 darjah.
Bagi yang berminat untuk membeli jentera comel ini, ia menampilka 10 kombinasi warna iaitu Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, Atom Grey – Matte (Bumbung Atom), Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Cyber Silver (Bumbung Merah) dan Meta Black (Bumbung Merah).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC3681
SELANGOR
BSQ7616
JOHOR
JYY5247
PULAU PINANG
PSC9848
PERAK
APJ1874
PAHANG
CFG7625
KEDAH
KGG4901
NEGERI SEMBILAN
NEK6414
KOTA KINABALU
SJS3901
KUCHING
QAB9782N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat