Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan pihaknya telah membuka tempahan untuk model generasi keempat, Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe.
Bermula dengan Tucson, ia yang merupakan import sepenuhnya dari Korea Selatan hadir dengan tiga varian iaitu: 2.0 Lite, 1.6T Plus dan 1.6T Max.

Pengeluarnya menggunakan bahasa rekaan ‘Sensuous Sportiness’ dan ia agak berbeza berbanding model terdahulu.
Bagi varian tertinggi, 2.0 Lite, ia menggunakan enjin: petrol 2.0 liter aspirasi semualajadi empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa 156 PS dan tork 192 Nm.
Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 11.4 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 181 km/j.


Sementara itu, bagi varian 1.6T Plus dan 1.6T Max, ia menggunakan enjin 1.6 liter petrol dmana ia mengeluarkan kuasa setakat 180 PS dan 265 Nm.
Kedua-dua varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.8 saat dan kelajuan maksimum mereka 201 km/j.
Menjengah bahagian hadapannya, jentera ini menggunakan lampu nyalaan siang LED, serta diapit dengan gril yang agak menonjol.

Apapun, reka bentuk luarannya reka dipadankan dengan kabin yang cukup menawan.
Ia menempatkan susunan tanpa butang di sebalik skrin sesentuh infotainmen 8-inci dan tidak terlupa, ia menyokong sambungan Android dan Apple CarPlay tanpa wayar serta pengecaman suara.


Kesemua varian menerima enam beg udara brek parkir elektronik dengan fungsi penahan auto, Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW) dan Amaran Keluar Selamat.
Bagaimanapun, varian tertinggi menerima lebih banyak kemudahan seperti empat duduk hadapan larasan kuasa lapan-cara dengan fungsi pengudaraan dan pemanasan, kluster instrumen digital 10.35-inci, tailgate bukaan kuasa, bilah pengelap cermin dengan penderia hujan dan pad pengecasan tanpa wayar.
Buat masa ini, HSDM masih belum mendedahkan harga rasmi jentera ini.
HYUNDAI SANTA FE

Beralih kepada Hyundai Sante Fe pula, ia yang dipasang sepenuhnya di kilang Inokom, Kulim,Kedah menawarkan tiga varian: Hybrid Plus, Hybrid Max dan Diesel Max.
Bagi model hibrid, ia dijana dengan enjin petrol 1.6 liter TGDi dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 180 PS dan 265 Nm.
Ia digandingkan dengan motor elektrik 59 hp (44.2 kW), dengan kuasa keseluruhan 230 PS dan 350 Nm yang memacu roda depan menerusi transmisi automatik 6 kelajuan.
Sementara itu, Diesel Max pula disumbat dengan enjin 2.2 liter CRDi.


Varian ini mampu menghasilkan 202 PS dan 440 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi DCT lapan nisbah kelajuan.
Apapun, kesemua varian ini dilengkapi dengan enam beg udara, ciri keselamatan Hyundai SmartSense penuh, skrin tengah bersaiz lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan pengecasan peranti pintar tanpa wayar.

Jika berminat ada empat warna ditawarkan untuk Santa Fe iaitu Snowflake White Pearl, Jet Black, Meteor Grey dan Stormy Sea.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3491
SELANGOR
BSP5974
JOHOR
JYV8062
PULAU PINANG
PSB8433
PERAK
APH1625
PAHANG
CFG3890
KEDAH
KGF6251
NEGERI SEMBILAN
NEK2873
KOTA KINABALU
SJR6782
KUCHING
QAB6941N
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat