Kia Carnival CKD, Harga Cukup Rahmah
-full.jpg)
Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mengumumkan model pemasangan tempatan (CKD) Kia Carnival versi 11-tempat duduk, kini sudah boleh ditempah.
Apa yang cukup menarik ialah bagi yang membuat tempahan bermula dari hari ini hingga 31 Disember 2023, mereka akan menikmati harga pengenalan serendah RM198,500.00 termasuk aksesori.
Bagaimanapun, selepas tempoh itu, harga model CKD ini akan dijual pada harga RM213,888.
Sedikit latar belakang mengenai Kia Carnival CKD ini, ia adalah model ketiga Kia yang dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

Kia Carnival generasi keempat ini menawarkan evolusi reka bentuk berdasarkan pendahulunya namun penampilannya dipertingkatkan kerana reka bentuknya saling menghubungkan kesemua identiti kereta Kia.
Menjengah bahagian dalamannya, ia menerapkan konsep reka bentuk "Spatial Talents". Ia dicipta pasukan pereka bentuk Kia, yang menyediakan persekitaran yang cukup luas, selesa dan futuristik.

Gabungan inovasi, fleksibiliti dan gaya yang tiada tandingannya pasti akan memuaskan hati si pemandu dan penumpang.
Sama seperti pendahulunya Kia Carnival ini mempunyai ruang yang cukup besar untuk penumpang di semua barisan tempat duduk selain ia turut menerapkan ciri model dan gaya yang diperbaharui.
Menyentuh mengenai tempat duduknya, ia didatangkan dengan kemasan dalaman kulit yang standard iaitu berwarna hitam dan kelabu.
Malah, susun atur tempat duduknya tidak berubah, termasuk penggayaan hadapan dan masih menggunakan lampu nyalaan siang LED .

Antara senarai kelengkapan lain ialah pintu gelangsar berkuasa, but kuasa pintar Smart Power Liftgate, kunci pintar dengan fungsi buka/tutup satu butang untuk pintu gelangsar belakang dan but belakang, sistem infotainmen skrin sesentuh 12.3-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay.


Terdapat juga pengecas wayarles, sambungan Bluetooth dan tujuh port pengecas.

Kia Carnival ini juga dilihat sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana ia diberikan tujuh beg udara,( bahagian hadapan, tempat duduk penumpang, lutut pemandu, sisi dan tirai).
Tidak terkecuali Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaamn (TCS), Kawalan Brek pelbagai-pelanggaran (MCB), Isofix dan Bantuan Mula Mendaki (HAC)

Jentera ini juga dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW) dan juga Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)


Mengenai trenkuasanya pula, ia masih lagi mengekalkan penggunaan nadi diesel turbo 2.2 liter yang mampu menjana kuasa setakat 199 hp @ 3,800 rpm dan daya kilas 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm.
Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan fungsi penukar elektronik (E-Shift).
Terdapat empat warna yang ditawarkan termasuklah Astra Blue, Snow White Pearl, Meteor Gray dan Jet Black.


Ia didatangkan dengan waranti Pengeluar 5 Tahun dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana dahulu.
Ia juga didatangkan dengan Penyelenggaraan Berjadual Percuma 5 Tahun, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km (yang mana terdahulu).
Untuk makluman anda, Kia Carnival 11 tempat duduk ini akan dipamerkan pada Bermaz Auto Showcase yang sedang berlangsung di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil bermula pukul 10 pagi hingga hingga 10 malam.
Pameran ini akan akan berakhir pada Ahad ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan Kia Carnival jika sudah lama jatuh cinta dengan MPV ini. Lagipun, sepanjang dua bulan ini, harga pengenalannya cukup rahmah.
Apa pula pandangan anda?
Jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8259
SELANGOR
BST6476
JOHOR
JE1646J
PULAU PINANG
PSF4980
PERAK
APL4351
PAHANG
CFH7161
KEDAH
KGJ710
NEGERI SEMBILAN
NEL8129
KOTA KINABALU
SJU942
KUCHING
QAB5501P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian
Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., memperkenalkan Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) ke pasaran Malaysia.
28-07-2022
Berita Terkini
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat