Macam Biasa, Ada Di China Dulu

Selepas beberapa teaser dan gambar spy shot disiarkan, Volvo akhirnya melancarkan secara rasmi model minivan pertamanya yang dikenali sebagai Volvo EM90.
Ia dibangunkan berdasarkan model kenderaan elektrik premium Geely, Zeekr 009 dimana ia banyak berkongsi ciri yang sama dengan syarikat sejawatnya itu.


Namun reka bentuknya masih kekal stylo serta dipadankan dengan elemen rekaann signatur Volvo.
Walaupun EM90 mempunyai gaya badan yang berkotak iaitu sama dengan Zeekr 009, MPV EV Sweden ini didatangkan dengan muka hadapan yang cukup menawan.
Ia dipadankan dengan lampu depan dengan tema tukul Thor, tiada gril serta dihiasi dengan logo Volvo yang bercahaya.
Selain itu, lampu belakangnya juga didatangkan dalam bentuk T dan ia menawarkan rim bersaiz 19 atau 20 inci.


Menjengah ruang kabinnya, ia menampilkan susun atur enam tempat duduk (2+2+2).
Bahagian kokpit EM90 pula menampilkan reka bentuk Scandinavia manakala gugusan instrumen digital yang berbentuk nipis dilihat bersembunyi di bawah stereng.

Terdapat juga skrin infotainmen tengah gaya tablet bersaiz 15.4 inci, konsol tengah terapung dengan kawalan minimum serta ruang untuk menyimpan barang.
Kemewahan kabin ini sebenarnya terletak di tempat duduk barisan kedua kerana ia didatangkan dengan kerusi kapten dan ia kelihatan cukup selesa.


Malah, tempat duduk baris barisan kedua juga dilengkapi dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan dan kerusinya boleh dibaringkan.
Terdapat juga meja boleh lipat dimana para penumpangnya boleh mengubahkan kawasan itu menjadi ruang makan peribadi atau pejabat mudah alih.
Kedua-dua tempat duduk kapten itu juga dilengkapi dengan panel kawalan individu yang terletak pada setiap pintu dimana penumpang boleh mengakses kawalan tempat duduk serta boleh mengawal iklim kabin dengan mudah.


Tidak ketinggalan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan HD di bahagian belakang.
Mengenai trenkuasa pula, EM90 dilengkapi dengan motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 268hp, manakala ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 8.3 saat.
Apapun, masih belum jelas sama ada EM90 juga akan ditawarkan dengan versi AWD dwi-motor yang lebih bertenaga seperti mana yang ada pada Zeekr 009.

MinivanVolvo ini juga dikatakan mampu bergerak sejauh 738 kilometer dengan hanya sekali cas dan ia juga dilengkapi dengan pek bateri 116 kWh.
Volvo turut mendakwa bahawa ia boleh dicas dari 10% hingga 80% hanya dalam 30 minit.
Buat masa ini, MPV Volvo EM90 sudah boleh ditempah namun malangnya ia hanya dijual di China.
Ia yang dijual pada harga RM529,259 dikatakan bakal menyaingi beberapa MPV mewah yang lain seperti Lexus LM dan Mercedes-Benz V-Class.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3274
SELANGOR
BSV542
JOHOR
JH3538J
PULAU PINANG
PSH3806
PERAK
APM9096
PAHANG
CFJ3982
KEDAH
KGJ7992
NEGERI SEMBILAN
NEM5761
KOTA KINABALU
SJV1644
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge