Maserati MC20 Edisi Khas 'Notte' Diperkenalkan – Hanya 50 Unit

Maserati MC20 Notte baharu tampil sebagai edisi istimewa pertama bagi model andalan jenama itu
Jenama terkenal Itali, Maserati, kini memperluaskan rangkaian MC20 dengan melancarkan model istimewa pertama supercar ini, yang dikenali sebagai Maserati MC20 Notte. Diterjemahkan sebagai 'malam' dalam bahasa Itali, MC20 Notte menggunakan warna tema hitam diinspirasikan daripada konsep "kegelapan yang penuh misteri.”
Baca: Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta
MC20 Notte Edisi Khas

Bekas juara dunia GT1 dan pemandu bagi sesi pandu uji Maserati, Andera Bertolini, mengetuai pembangunan MC20 Notte
Hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit untuk seluruh dunia, model edisi terhad ini dibangunkan berdasarkan versi coupe MC20, dengan proses pembangunan yang diketuai oleh bekas juara dunia GT1 dan pemandu bagi sesi pandu uji Maserati, Andera Bertolini. Namun begitu, MC20 Notte tidak diberikan sebarang peningkatan dari segi mekanikal dan prestasi berbanding versi standard, kerana tumpuan lebih diberikan kepada rekaan dalaman dan luaran model ini.
Rekaan Luaran MC20 Notte




Dari luar, MC20 Notte kelihatan elegan dengan warna badan eksklusif, 'Nero Essenza' yang kontra dengan warna aksen emas putih kusam (matte) yang melapisi beberapa bahagian tertentu seperti logo Trident Maserati, tulisan MC20 pada fender hadapan, tulisan Maserati pada sudut belakang serta pada jejari rim yang bersaiz 20 ini. Sementara itu, kaliper brek pada tayar kekal menggunakan warna hitam. Selain itu, warna hitam badan kereta dipadankan dengan kemasan gentian karbon yang meliputi beberapa bahagian lain supercar ini.


Tema hitam-emas dikekalkan di dalam kabin MC20 Notte, dengan tempat duduk sport yang diberikan balutan Alcantara berwarna hitam dan kelabu yang kontra dengan jahitan berwarna kuning. Selain itu, lambang Trident terdapat pada perehat kepala. Stereng kereta pula dibalut dengan upholsteri sama seperti tempat duduk.


Menariknya, pada setiap unit MC20 Notte terdapat plat logam eksklusif dengan tulisan 'Una Di 50' (satu daripada 50) yang diletakkan di antara dua tempat duduk, menunjukkan bahawa ini adalah model edisi terhad supercar MC20.
Ciri Mekanikal MC20 Notte


Seperti yang dikatakan sebelum ini, ciri mekanikal dan prestasi model edisi terhad ini kekal sama seperti versi standard. Ini bermakna MC20 Notte dikuasakan oleh enjin V6 3.0 liter turbo kembar 'Nettuno' yang sama seperti MC20 standard, memberikan kuasa sebanyak 621 HP dan 730 NM kepada roda belakang (RWD) melalui kotak gear automatik 8 kelajuan DCT.
Jualan MC20 Notte
MC20 Notte kini dijual pada harga yang tidak didedahkan kepada umum, dengan hanya 50 unit ditawarkan di pasaran.
Setiap pembelian MC20 Notte akan memberikan pemilik hak untuk menghadiri acara hari trek istimewa yang dianjurkan oleh Maserati, membolehkan pemilik untuk memaksimumkan potensi supercar masing-masing.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
