ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mungkinkah Ini Reka Bentuk Proton S70 R3 GT?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Model terbaru Proton, S70, yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi baru-baru ini telah diberikan olahan rekaan daripada pereka grafik terkenal,  Chin Swee Hoe (dikenali sebagai Theottle). Pereka yang sama sebelum ini pernah menghasilkan olahan reka bentuk bagi S70 dalam versi hatchback, kali ini, beliau memperlihatkan versi sporty, S70 GT. 

web_Caricarz_Proton-S70_Preview-(1).jpgweb_Caricarz_Proton-S70_Preview-(2).JPG


Sedan S70 direka berdasarkan model kereta Geely Emgrand yang dipasarkan sebagai sedan segmen C dan ditawarkan pada harga segmen B

S70 GT diberikan pelbagai peningkatan kosmetik dan elemen sporty yang menarik perhatian, dengan kit stylo GT. Di bahagian hadapan, kit badan ini memberikan S70 GT bampar yang menyerlah, dilengkapi dengan komponen ambilan udara sisi yang lebih besar dan komponen ambilan udara bawah yang lebih rendah. Sementara itu, bibir dan keliling gril hadapan disaluti cat berwarna hitam. 


Proton-S70-GT-Theottle-1.jpgProton-S70-(2).jpg

Proton-S70-GT-Theottle-2.jpgProton-S70-(1).jpg
Imej render Proton S70 GT oleh Theottle (kiri) vs Proton S70 (kanan)


Lebih banyak sentuhan hitam boleh dilihat pada bahagian sisi S70 GT, termasuk di lengkungan roda, skirt sisi, perumah cermin sisi dan keliling tingkap. Selain itu, S70 yang telah diolah ini menggunakan set rim yang lebih besar jenis multi-spoke berwarna hitam.


Proton-S70-GT-Theottle-5.jpg


Di samping itu, S70 GT juga diberikan spoiler belakang GT yang kecil berwarna hitam yang sepadan dengan warna bumbung dan aksen bampar belakang. Bergerak ke bahagian bawah sudut ini, terdapat corong ekzos yang lebih besar dengan sudut keliling yang disaluti warna logam berkilat. 


thumb-Proton-S70GT-Theottle.jpg


Apakah pendapat anda mengenai Proton S70 GT oleh Theottle? Adakah ini rekaan yang akan digunakan pada versi sporty Proton S70 yang akan dilancarkan nanti? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah…


Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE8032

SELANGOR

BSR3772

JOHOR

JYB8435

PULAU PINANG

PSD5197

PERAK

APJ5832

PAHANG

CFG9770

KEDAH

KGG8342

NEGERI SEMBILAN

NEK8130

KOTA KINABALU

SJS8310

KUCHING

QAB1433P

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

21-10-2024
Berita Auto

23-11-2023
Berita Auto

24-10-2023
Berita Auto

23-11-2023
EV

13-05-2025
Global

24-02-2025
Berita Auto

20-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

8 Sami Maut Dirempuh Trak Pikap Dipandu Budak 11 Tahun

Angkara budak 11 tahun, nyawa 8 sami melayang dalam sekelip mata.

02-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.

02-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya

Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.

02-07-2026
Berita Auto

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.