ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Landskap pengangkutan awam negara secara rasmi melangkah ke fasa baharu yang lebih moden. Minggu lepas, Proton S70 telah dipilih secara rasmi sebagai model kenderaan teksi baharu di bawah Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional.

Pelancaran program transformatif ini telah disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka. Apa yang menariknya, inisiatif ini bukan sekadar tentang penukaran kereta baharu, tetapi ia turut menandakan berakhirnya era sistem pajakan tradisional yang sekian lama membebankan para pemandu teksi di Malaysia.

Dengan ruang kabin yang luas, penjimatan bahan api yang cekap, serta pengiktirafan 5-bintang ASEAN NCAP, Proton S70 sedia menawarkan standard keselamatan dan keselesaan premium untuk pemandu mahupun penumpang.

image.png

Mengimbau Memori: Zaman 'Rojak' Teksi Kuala Lumpur

image.png

Di sebalik kemeriahan pelancaran Teksi MADANI ini, mari kita singkap kembali sejarah. Lambakan model Proton sebagai teksi sebenarnya hanya bermula pada lewat era 1980-an (selepas pelancaran Proton Saga). Sebelum zaman itu, jalan raya di ibu kota dimeriahkan dengan pelbagai jenama global.

  • Datsun (Kini Nissan): Jenama yang paling popular amat popular dalam kalangan para pemandu teksi ketika itu kerana ketahanan enjinnya yang luar biasa serta kos operasi yang sangat menjimatkan.

  • Volkswagen Golf Mk1: Percaya atau tidak, model ikonik Jerman yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 1976 ini pernah berkhidmat sebagai teksi di sekitar Kuala Lumpur!

Trivia Menarik: Pada akhir tahun 70-an, syarikat Champion Motors (pengedar Volkswagen ketika itu) pernah menyerahkan kunci Golf Mk1 kepada pengusaha teksi pertama di KL yang memilih model hatchback tersebut.

Dulu Kereta Teksi, Sekarang Kereta 'Kayangan'

Berdasarkan laporan berita automotif berbahasa Inggeris, MotaAuto, Volkswagen Golf Mk1 pernah dijadikan teksi sekitar tahun 1980-an.

Mungkin ramai yang tidak tahu!

Ironinya, masa telah mengubah segalanya. Jika pada tahun 1970-an dan 1980-an penumpang boleh menahan sebuah Volkswagen Golf Mk1 di tepi jalan dengan tambang beberapa ringgit sahaja, hari ini senarionya jauh berbeza.

Pada hari ini Volkswagen Golf Mk1 yang masih dalam keadaan mint condition sudah bertukar status menjadi jentera premium, buruan pengumpul tegar, dan hanya dipandu oleh golongan kayangan sebagai hobi hujung minggu.


Daripada sebuah 'hatchback rakyat' yang mengangkut penumpang di celah kesesakan KL, kini legasi pengangkutan awam moden diserahkan pula kepada sedan turbo tempatan, Proton S70.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE9504

SELANGOR

BSR4071

JOHOR

JYB9440

PULAU PINANG

PSD5490

PERAK

APJ6114

PAHANG

CFH162

KEDAH

KGG8526

NEGERI SEMBILAN

NEK8256

KOTA KINABALU

SJS8529

KUCHING

QAB1519P

Terakhir Kemas Kini 06 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Proton S70, Harga Bawah RM100K, Ada ADAS! TAPI

Proton S70, Harga Bawah RM100K, Ada ADAS! TAPI

Saya sempat menguji hot item, Proton S70, baru-baru ini

02-08-2024
Berita Auto
Ada Sebab Jualan Proton Makin Melonjak

Ada Sebab Jualan Proton Makin Melonjak

PROTON mencatatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 13.6% pada bulan lepas.

06-06-2024
Berita Auto
Ini Dia Senarai Kereta ICE Harga Rahmah Sehingga Harga Kayangan!

Ini Dia Senarai Kereta ICE Harga Rahmah Sehingga Harga Kayangan!

CariCarz.com menyenaraikan lima kereta ICE yang dilancarkan pada tahun 2023.

02-01-2024
Berita Auto
Jualan Kereta Proton Terus Mencanak

Jualan Kereta Proton Terus Mencanak

Proton mengekalkan kedudukan selesa di pasaran automotif.

05-12-2023
Berita Auto
Mungkinkah Ini Reka Bentuk Proton S70 R3 GT?

Mungkinkah Ini Reka Bentuk Proton S70 R3 GT?

Ini mungkin reka bentuk Proton S70 versi sporty.

24-11-2023
Berita Auto
Proton S70 Hatchback, Ada Iras Suprima S

Proton S70 Hatchback, Ada Iras Suprima S

Chin menampilkan rekaan S70 dalam bentuk hatchback.

21-11-2023
Berita Auto
Spec Dah Bocor, Agak-Agak Bila Nak Lancar?

Spec Dah Bocor, Agak-Agak Bila Nak Lancar?

Boleh tahan spec yang ditawarkan untuk S70.

14-11-2023
Berita Auto
Proton S70 Laku Keras Walaupun Belum Dilancar!

Proton S70 Laku Keras Walaupun Belum Dilancar!

Walaupun Proton S70 masih belum dilancarkan secara rasmi namun PROTON sudah meletakkan sasaran.

09-11-2023

Berita Terkini

Gaya Hidup
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Gaya Hidup
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!

03-06-2026
Gaya Hidup
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
Gaya Hidup
Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Gaya Hidup
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia

Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia

Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan

15-05-2026
Gaya Hidup
Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan

Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan

Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Light the Change, BYD kini menterjemahkan lebih 1,200 ikrar digital orang awam kepada tindakan nyata di lapangan.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.