ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Omoda E5 Didedah, Tengok Dulu, Pelancaran Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia mempertontonkan model crossover elektrik terbaharunya,  Omoda E5 yang dikatakan akan dilancarkan secara rasmi  selewat-lewatnya pada Mac depan.

Untuk makluman anda, Omoda E5 adalah kenderaan elektrik yang pertama buat Chery Malaysia.

Difahamkan, Chery Malaysia akan menawarkan Omoda E5 menerusi  versi import sepenuhnya (CBU) .

Namun, kami tidak pasti bila ia akan menjalani pemasangan tempatan (CKD).

Apapun, jika anda masih tercari-cari model kenderaan elektrik, mungkin Omoda E5 boleh dipertimbangkan.

image.png

Bagi yang berminat dengan Chery Omoda E5 ini, model terbabit disumbat dengan motor elektrik tunggal pacuan roda depan.

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan 340 Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.6 saat.

Sementara itu, ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j.

image.png

Menyentuh mengenai pek bateri pula, ia sebenarnya berkapasiti 61 kWh sekali gus membolehkan ia bergerak sekurang-kurangnya 450 km dengan sekali cas penuh.

Mengenai pengecasan pula, ia  menyokong pengecasan pantas DC 80 kW di mana pengecasan dari 30-80 peratus boleh dicapai hanya dalam masa 30 minit.

Selain itu, kadar penggunaan tenaga Omoda E5 adalah sekitar 14.5 kWh untuk setiap 100 km.

Menjengah bahagian luarannya, kerangka crossover ini kelihatan agak sama dengan versi petrol Omoda 5.

Apa yang beza sedikit ialah bahagian hadapannya kerana model EV ini tidak didatangkan dengan gril.

image.png

Selain itu, model ini juga didatangkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci dimana rekaan rimnya agak tertutup membuatkan jentera ini menyerlah dengan rekaan unik itu.

Malah, port pengecas jentera ini terletak di bahagian hadapan manakala bahagian belakang pula, ia kelihatan agak sporty kerana rekaan lampu yang agak tajam.

image.png

Bahagian bampar pula agak tonggek kerana kontur garisan yang diolah dengan begitu baik.

Bercerita mengenai kabinnya pula, penulis mendapati ia agak mirip dengan susun atur Omoda 5.

Mana tidaknya, nama model pun hampir sama.

Di bahagian tengah konsol pula, kelihatan  ruang besar untuk pemegang cawan, ruang penyimpanan barang dan ada juga terdapat beberapa butang untuk kawalan iklim.

image.png

Terdapat juga paparan skirn berkembar bersaiz 12.3 inci dengan kluster instrumen digital sepenuhnya serta sokongan Android Auto & Apple CarPlay.

Sementara itu, tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri kulit, ada sistem audio Sony, saluran penghawa dingin di belakang, port pengecas USB,  pad pengecas wayarles.

Semua ciri-ciri ini kelihatan serupa dengan versi petro Omoda 5.

Ini sahaja info yang diperoleh pada sesi tayangan pratonton ini, jadi teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Chery Omoda E5.

Jangan lupa juga kongsikan pendapat anda mengenai model ini?

Agak-agak berapa harga jualan Omoda E5 ini nanti? Adakah harga kayangan atau harga marhaen?

Nantikan pengumuman rasmi Chery Malaysia pada tahun hadapan nanti.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya

Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.

06-03-2026

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.