Subaru Forester Masuk AS

Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu sempena pameran LA Auto Show 2023.
Walaupun, rekaannya tidak sepenuhnya baharu, namun perekanya mengambil sikap 'berhati-hati' atau 'sederhana' dalam mengubah suai jentera itu.
Ini keraa ia masih menggunakan pelantar Subaru Global Platform yang sama digunakan pada model terdahulu.
Forester baharu ini dikatakan berukuran 15 lebih panjang dan 7 mm lebih lebar, manakala dimensi panjang jarak rodanya dikekalkan.


Subaru mendakwa pihaknya telah mengukuhkan struktur casis 10 peratus lebih tegar.
Ini membuatkan pemanduan lebih mudah dikendalikan.
Casis yang dikemas kini juga menggunakan modul stereng kuasa elektrik dwi-pinion baharu yang diperoleh daripada WRX gen terbaharu.


Bergantung pada varian, ia turut menawarkan pilihan roda aloi bersaiz 17-, 18- dan 19-inci.
Mengenai trenkuasanya, ia disumbat dengan enjin 2.5 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 180 hp dan tork 241 Nm.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam lapan saat.
Menjengah bahagian luarannya, ia mengambil inspirasi daripada SUV Ascent (dan Ford Explorer), memandangkan bahagian jerijinya agak lebar.

Bahagian belakang pula, lampunya kelihatan lebih moden.
Antara kelengkapan lain ialah dilengkapi:
• Paparan meter analog
• Skrin tengah 7 inci, model tertinggi dapat 11.6 inci
• Ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
• Gabungan analog dan digital dalam paparan instrument
• Tempat duduk hadapan lebih langsing
• Kawalan iklim dwi zon
• Pintu belakang berkuasa bebas tangan
• Tempat duduk jenis boleh dipanaskan dan berventilasi
Dari segi ciri keselamatan pula, ia dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi yang sudah dinaik taraf kerana dapat mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal di kawasan persimpangan, pemantauan titik buta, kamera 360 darjah dan banyak lagi.

Berikutan penampilan sulungnya pada minggu ini, Subaru Forester generasi keenam baharu ini akan memasuki bilik pameran Amerika Syarikat bahagian Utara pada tahun hadapan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1185
SELANGOR
BST1065
JOHOR
JC7982J
PULAU PINANG
PSE9055
PERAK
APK8274
PAHANG
CFH5068
KEDAH
KGH6449
NEGERI SEMBILAN
NEL5204
KOTA KINABALU
SJT6328
KUCHING
QAB4328P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat