SUV Pertama Ferrari, Purosangue, Kini Di Malaysia – Capai 715 HP, Dari RM5 Juta

Ferrari Purosangue kini secara rasminya telah mendarat di Malaysia. Kedatangan model ini diraikan bersama-sama dengan perasmian bilik pameran Ferrari baharu pertama di Malaysia di bawah syarikat Ital Auto Malaysia. Walau bagaimanapun, buat masa ini, Ferrari Purosangue masih belum ditawarkan di pasaran. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

Awal tahun ini, Ferrari telah menamatkan kerjasama dengan Naza Italia Sdn Bhd sebelum melantik Ital Auto Malaysia sebagai pengimport Ferrari Malaysia yang baharu.




Ital Auto Malaysia telah melancarkan bilik pameran Ferrari pertamanya di aras bawah Four Seasons Kuala Lumpur, bersebelahan dengan KLCC.
Selepas kemunculan global pertama Purosangue tahun lalu, Ferrari mengatakan bahawa model ini bukanlah sebuah SUV, walaupun ia diletakkan sebagai pesaing bagi SUV Lamborghini Urus dan Aston Martin DBX. Ferrari juga mendedahkan bahawa Purosangue tidak akan mengambil lebih daripada 20% jumlah penghantaran tahunan syarikat, sekaligus menjadikannya salah satu model eksklusif.

Di peringkat global, Ferrari telah menutup tempahan untuk Purosangue.
Dari segi mekanikal, Purosangue dikuasakan oleh enjin petrol V12 6.5 liter sama seperti model 812 Superfast/GTS/Competizione, namun diberikan talaan berbeza dengan output 715 HP dan 716 NM.


Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan F1 DCT Ferrari serta sistem pacuan semua roda (AWD), Purosangue boleh mencapai 0-100 KM/J dalam masa hanya 3.3 saat, 0-200 KM/J dalam 10.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 310 KM/J.



Antara ciri menarik pada model ini ialah penggunaan sistem suspensi aktif yang pertama kali ditawarkan Ferrari. Selain itu, Purosangue menggunakan pintu ‘Coach’ ala Rolls-Royce dengan fungsi penutupan ‘lembut’ dan pintu belakang yang dibuka ke belakang. Ciri lain ialah kabin yang luas dan mewah, serta padat dengan pelbagai teknologi canggih termasuk tempat duduk dengan fungsi urutan.

Pelanggan bertuah yang telah membuat tempahan awal akan mula menerima model ini bermula tahun 2025.
CariCarz turut dimaklumkan bahawa sekiranya tempahan dibuka semula, Ital Auto Malaysia hanya akan menawarkannya kepada pelanggan tertentu melalui jemputan. Mengenai harganya, model ini ditawarkan bermula daripada harga RM5 juta termasuk pilihan tambahan, cukai, dan duti. Pembelian untuk pasaran Malaysia adalah termasuk waranti penyelenggaran selama 7 tahun (secara berkala pada setiap 20,000 KM atau setahun sekali tanpa mengira had perbatuan).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge