ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas membuka tempahan dan mempamerkan Hyundai Tucson kepada umum sempena pameran Premium Auto Car Expo (PACE) akhirnya, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson ke pasaran tempatan.

Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan mengakui Tucson merupakan model Hyundai terlaris.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2004, model itu telah terjual lebih daripada tujuh juta unit di seluruh dunia.

image.pngimage.png

“Model generasi keempat ini, yang kami mulakan di PACE 2023 hujung minggu lalu sememangnya mendapat sambutan menggalakkan,”katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, Tucson adalah versi import sepenuhnya dari Korea Selatan dan didatangkan dalam tiga varian.

Tiga varian itu:

Varian 2.0 Lite ( RM158,888)

Varian 1.6T (RM178,888)

Varian paling tinggi, 1.6T Max (RM195,888)

Enjin Smartstream MPI 2.0 Lite menghasilkan kuasa setakat 156 PS dan 192 Nm tork, dan dipasangkan dengan kotak gear enam kelajuan.

image.png

Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 11.4 saat manakala kelajuan maksimum pula 180 km/j.

Sementara itu, dua lagi varian, 1.6 T  dan 1.6T Max dipadankan pula dengan enjin 1.6 liter pengecas turbo yang menghasilkan 180 PS dan 265 Nm tork dengan transmisi klac berkembar  tujuh kelajuan

Kedua-dua varian ini pula mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 8.8 saat dengan kelajuan maksimum 201 km/j.

Kesemua varian menerima tujuh beg udara termasuk brek parkir elektronik dengan auto hold, Amaran Pelanggaran Titik Buta dan Amaran Keluar Lorong.

image.pngimage.png

Sebaliknya, varian tertinggi menerima tempat duduk hadapan larasan kuasa lapan-cara dengan fungsi pengudaraan dan pemanasan, kluster instrumen digital 10.35-inci, pintu belakang berkuasa.

image.pngimage.png

Malah, varian 1.6T Max juga dilengkapi dengan pad pengecas wayarles, cermin pandang-belakang electrochromic serta didatangkan dengan sistem bantuan ADAS dan kawalan Kelajuan Pintar (SCC).

Tucson hadir dengan lima pilihan warna iaitu Amazon Gray Metallic, Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Crimson Red Pearl dan Silky Bronze Metallic.

Bagaimanapun, dua pilihan warna terakhir itu tidak ditawarkan untuk varian 2.0 Lite tetapi boleh ditempah untuk kedua-dua varian turbo.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah 100 pelanggan pertama yang menempah pada atau sebelum 31 Disember 2023 akan menerima jaminan lanjutan percuma (lima tahun/300,000 km*) dan pakej servis percuma (tiga tahun/50,000 km*); selepas itu pakej boleh didapati pada harga RM10,000.

Untuk tempahan, KLIK.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ2107

SELANGOR

BST7079

JOHOR

JE2920J

PULAU PINANG

PSF5607

PERAK

APL4765

PAHANG

CFH7389

KEDAH

KGJ1239

NEGERI SEMBILAN

NEL8479

KOTA KINABALU

SJU1336

KUCHING

QAB5649P

Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

06-11-2023
Kereta Baru

03-11-2023
Kereta Baru

20-01-2023
Pandu Uji

20-07-2024
Global

21-11-2023
Kereta Baru

06-11-2023
Kereta Baru

03-11-2023
Berita Auto

28-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.