Ambil Tahu Tentang Waranti Kereta Sebelum Beli! Ini Perkara Asas Yang Patut Anda Tahu

Sebelum membeli kenderaan anda ambil tahu tentang waranti yang ditawarkan
Rancang nak beli kereta baru? Dah banyak baca ulasan kereta dan harga pun mampu untuk dibeli, tapi tunggu dulu! Ada satu lagi perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum booking. Perkara penting tersebut ialah waranti yang ditawarkan.
Kenderaan bukanlah satu ‘barang’ yang murah tetapi mencecah puluhan, malahan ratusan ribu ringgit. Oleh itu, penting untuk anda mengetahui sama ada berbaloi atau tidak untuk memiliki kereta yang diidamkan itu, dan salah satu faktor yang boleh dilihat ialah daripada waranti yang ditawarkan.


Syarikat automotif tempatan seperti Perodua dan Proton menawarkan waranti standard sehingga lima tahun
Secara umumnya, waranti standard yang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan terhad kepada jangka masa dan jarak perjalanan tertentu. Dalam tempoh waranti, pelanggan berhak untuk mendapatkan alat ganti atau servis secara percuma. Namun begitu, waranti ini tidak membabitkan bahagian-bahagian seperti tayar, sarung tempat duduk dan tingkap.
Selain itu, waranti juga tidak termasuk sebarang kerosakan yang disebabkan oleh PENGGUNA sendiri, kerana ia hanya membabitkan bahagian yang rosak kerana masalah rekaan atau pemasangan dari kilang.

-full.webp)
Honda dan Toyota menawarkan waranti lima tahun tanpa had jarak perjalanan
Selain waranti standard yang melibatkan keseluruhan badan kenderaan atau bumper-to-bumper (B2B), sesetengah pengeluar menawarkan waranti tambahan untuk bahagian tertentu yang lain, misalnya trenkuasa. Sebagai contoh, syarikat automotif seperti Honda dan Toyota menyediakan waranti B2B standard untuk kenderaan baharu yang turut membabitkan trenkuasa dan bahagian-bahagian kenderaan lain selama lima tahun tanpa had jarak perjalanan.


Chery Malaysia menawarkan waranti tambahan yang berasingan untuk trenkuasa, untuk tempoh sehingga 10 tahun atau 1,000,000 KM. Sebagai tambahan kepada waranti standard selama tujuh tahun yang ditawarkan
Sementara itu, jenama lain seperti Chery menawarkan waranti standard dalam dua bahagian: yang pertama ialah waranti standard kenderaan, selama tujuh tahun atau 150,000 KM, dan kedua ialah waranti tambahan (dengan caj) untuk trenkuasa bagi tempoh sehingga 10 tahun atau 1,000,000 KM.


Jenama di bawah Bermaz Auto seperti Kia dan Mazda menawarkan waranti yang merangkumi semua (all-inclusive) dengan servis percuma
Beberapa jenama terutamanya jenama di bawah Bermaz Auto seperti Mazda, Kia dan Peugeot didatangkan dengan waranti standard selama lima tahun atau sehingga 100,000 KM serta pakej servis all-inclusive sepanjang tempoh sama.
Di samping waranti standard, pakej waranti lanjutan juga ada ditawarkan oleh sesetengah syarikat. Dengan caj tambahan, tempoh waranti atau had jarak perjalanan menjadi lebih panjang berbanding standard. Kebanyakan waranti lanjutan masih membabitkan pelbagai kerosakan pada kenderaan, tetapi, ada sesetengah syarikat yang mengecualikan beberapa bahagian kereta.


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menawarkan beberapa pakej waranti lanjutan, all-inclusive selama empat tahun tanpa had jarak perjalanan
Di Malaysia, waranti tambahan biasanya ditawarkan oleh pengeluar kenderaan mewah untuk membantu pelanggan memanjangkan hayat kenderaan mewah mereka. Beberapa contoh utama termasuk Mercedes-Benz Malaysia (MBM), yang menawarkan waranti lanjutan sehingga dua tahun sebagai tambahan kepada waranti standard empat tahun tanpa had jarak perjalanan, pada harga yang berbeza bergantung pada model.


BMW Group Malaysia juga menawarkan pilihan untuk melanjutkan waranti standard dua tahun kepada lima tahun, kedua-duanya (standard dan lanjutan) tanpa had jarak perjalanan
Syarikat automotif mewah lain yang menawarkan waranti lanjutan ialah BMW Group Malaysia. Dengan caj tambahan, waranti standard ditambah dari dua tahun kepada lima tahun, tanpa had jarak perjalanan.
Walaupun BMW dan Mercedes-Benz menawarkan pakej waranti lanjutan pada harga ‘premium,’ kualiti perkhidmatan yang diberikan sepanjang tempoh waranti ini membuatkan duit poket yang dikeluarkan terasa berbaloi.


Apa-apa pun, sebelum anda membuat pembelian, pastikan anda membaca dengan teliti terma dan syarat pemilikan, agar anda tidak melanggar sebarang klausa atau prasyarat yang mungkin membatalkan tuntutan waranti. Antara tindakan yang boleh menyebabkan tuntutan gagal dibuat adalah modifikasi atau penukaran bahagian-bahagian kereta yang tertentu kepada barangan aftermarket semasa kereta masih dalam tempoh waranti.
Jadilah pengguna yang bijak. Peka dengan waranti yang ditawarkan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Selain waranti standard dan waranti lanjutan yang kami sebutkan di dalam artikel ini, ada banyak lagi yang belum kami kongsikan. Nantikan artikel kami yang akan datang!
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP5018
SELANGOR
BSN1663
JOHOR
JYS7620
PULAU PINANG
PSA4012
PERAK
APF7637
PAHANG
CFF6469
KEDAH
KGE6756
NEGERI SEMBILAN
NEJ7143
KOTA KINABALU
SJQ6803
KUCHING
QAB3866N
Terakhir Kemas Kini 11 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Fakta Atau Auta: Betul Ke Terus Memandu Selepas Start Enjin Boleh Rosakkan Kereta?
Tabiat panaskan enjin adalah "ajaran sesat".
11-03-2026
Jem Teruk Tapi Minyak Tak LUAK? Ini 5 Rahsia Pemandu Bijak Yang Ramai Tak Tahu
Duit tak habis atas highway, Cara ‘Survival’ Jimat Minyak Kereta Walaupun Merangkak Dalam Jem.
10-03-2026
Dulu Nak Jimat, Sekarang Menyesal: Bahaya Tinted Murah Yang Boleh Rosakkan Cermin, Duit Pula Lebur
Jangan terpedaya dengan harga tinted murah yang akhirnya akan membazirkan duit anda!
09-03-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Bagaimana NCD Dikira di Malaysia? Ini Dia Rahsia Simpan NCD 55% Supaya Tak Lebur Begitu Sahaja
Ini dia pencerahan mengenai NCD untuk semua pemandu.
04-03-2026
Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA
Perodua tampil memberi penjelasan mengenai cara menekan Push Start Button dengan betul.
25-02-2026
Solat Terawih, Pakai Telekung Bonceng Motosikal? Ini Cara Elak Kemalangan
Awas! Telekung labuh boleh mengundang kemalangan.
23-02-2026
Ini 5 Jenama Tinted Kereta Wajib Pasang 2026, Dari Panas Terik ke Sejuk Maksima
Memandu di bawah terik matahari Malaysia bukan ‘biasa-biasa’ ya, panasnya, hanya golongan betul-betul 'kebal' sahaja mampu lalui.
22-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat