ChargeSini Kini Operator Pengecas EV Kedua Terbesar Malaysia – Lebih 500 Pengecas Seluruh Negara
![]()
Sehingga Disember 2023, ChargeSini telah menyediakan sejumlah 582 titik pengecasan di seluruh Malaysia.
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, mengakhiri tahun 2023 dengan pencapaian yang membanggakan setelah berjaya menyediakan lebih daripada 500 titik pengecasan di serata negara. Setakat ini, sebanyak 464 unit pengecas AC dan 118 unit pengecas DC telah disediakan.
-full.webp)
-full.webp)
ChargeSini telah menandatangai perjanjian kerjasama dengan Mydin Hypermarket untuk menyediakan stesen pengecas EV di 24 cawangan Mydin di seluruh negara
Faktor utama yang membantu pembangunan pesat rangkaian pengecasan ChargeSini ialah pelbagai MoU yang telah ditandatangani dengan pelbagai rakan strategik termasuk Mydin Hypermarket. Melalui kerjasama dengan Mydin, ChargeSini akan menyediakan stesen pengecas EV di 24 cawangan Mydin Hypermarket di seluruh negara.
-full.webp)
-full.webp)
Pengecas DCFC ChargeSini di Mydin Hypermarket Bukit Mertajam, Pulau Pinang (kiri) dan Jasin, Melaka (kanan)
Buat masa ini, ChargeSini telah pun menyiapkan pemasangan 12 stesen pengecas pantas DC (DCFC) untuk Mydin iaitu di Mydin Hypermarket Jasin, Melaka, Mydin Hypermarket Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan banyak lagi. Selain di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, beberapa pengecas DCFC turut akan dipasang di kawasan pantai timur, termasuk di Mydin Hypermarket Kuala Terengganu dan Gong Badak.


ChargeSini turut memberi tumpuan kepada kawasan kediaman dan destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Sebahagian besar daripada 183 stesen pengecas ChargeSini terletak di dalam kompleks apartmen atau kondominium, sebahagiannya lagi disediakan di pusat beli-belah dan hotel.
Pencapaian sebanyak 582 titik pengecasan ini sekaligus meletakkan ChargeSini sebagai operator pengecas EV kedua terbesar di Malaysia.
-full.webp)
-full.webp)
Untuk meningkatkan aspek pengalaman pelanggan, baru-baru ini, ChargeSini telah melancarkan e-dompet dalam aplikasi mudah alih mereka bagi membolehkan bayaran setiap sesi pengecasan dapat dibuat dengan lebih mudah.
Selain itu, ChargeSini juga secara rasmi menggunakan kadar bayaran per kWh di kesemua stesen berbanding per minit yang digunakan sebelum ini. Kadar yang dikenakan bagi pengecas AC hanyalah RM1.09/kWh, manakala DC RM1.19/kWh di semua stesen ChargeSini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge