Hab Pengecas Berprestasi Tinggi 360kW Di Resort World Genting

Lakaran gambar hab pengecas di Genting Highlands.
Shell Recharge bakal membuka hab pengecas berprestasi tinggi 360kW yang pertama di Resorts World Genting, Pahang menjelang awal tahun hadapan.
Untuk itu, Shell Recharge telah memeterai kerjasama untuk membangunkan pengecas EV berprestasi tinggi itu di Resorts World Genting.

SEOW LEE MING
Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, 10 ruang pengecas akan ditempatkan di kawasan peranginan itu.
“Jadi selepas ini, para pemilik kenderaan elektrik (EV) tidak perlu bimbang jika mahu ke lokasi peranginan ini,” katanya.
Program ini dijayakan melalui kerjasama strategik dengan Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Berhad.
Hab ini akan menjadi penambahan baharu kepada rangkaian Shell Recharge EV sebanyak 146 stesen pengecas yang terletak di kawasan strategik di sekitar bandar utama dan di sepanjang lebuh raya di Semenanjung Malaysia.

Lakaran gambar hab pengecas di Genting Highlands nanti.
Hab pengecasan semua dalam satu ini akan memuatkan 10 pengecas yang terdiri daripada empat pengecas berprestasi tinggi (HPC) 360kW dan enam pengecas AC 22kW.
Difahamkan, pengecas ultra-pantas hanya mengambil masa 20 minit bagi peningkatan cas dari 5 hingga80 peratus.
Semua pengecas disertakan dengan penyambung pengecasan CCS Type 2 yang membolehkan pemandu EV menikmati pengalaman pengecasan yang pantas.
Selain itu, Shell Recharge turut mengumumkan peralihan mekanisma harga bersamaan kilowatt-jam (kWj).

Majlis MoU diadakan di Resort World Genting.
Pelanggan boleh mengecas dengan kadar kWj baharu apabila mereka mengecas dengan pengecas AC di seluruh negara bermula 1 November manakala bagi stesen pengecas DC, mulai 15 Disember.
Ini kerana Shell menggunakan tarif harga berdasarkan kapasiti elektrik yang dicaskan, dan bukan berdasarkan minit pengecasan.
Sementara itu, bagi mengecas kenderaan elektrik, dengan harga pengecasan 22kW AC akan dikenakan RM8 Harga Tempahan (Confirmation Fee) dan untuk setiap kWh pada kadar RM 1.30 / kWh.
Sebaliknya, sekiranya kenderaan tersebut dibiarkan tanpa sebarang pengecasan (idle fee) dilakukan melebihi 15 minit, harga tambahan sebanyak RM 2.00 setiap 30 minit akan dikenakan, dengan caj maksimum setiap sesi RM 200.
Bagi pengecas berprestasi tinggi 360 kW pula, Harga Tempahan dikenakan sebanyak RM 10, dengan kadar RM 2.80 setiap kWh untuk pengecasan.

Terdapat 136 pengecas EV di bandar-bandar utama.
Jika kenderaan dibiarkan tanpa sebarang pengecasan dilakukan melebihi 15 minit, harga tambahan sebanyak RM 10 setiap 15 minit akan dikenakan, dengan caj maksimum setiap sesi RM400.
Bagaimanapun, harga yang dinyatakan itu hanya kadar untuk pengecasan Shell Recharge di Genting HPC Hub
Bagi yang berminat, anda boleh menempah tempat letak kereta melalui aplikasi ParkEasy Shell.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.shell.com.my/motoristis/shell-recharge/shell-recharge-hpc.html.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bermulanya Era EV M'sia: Shell & Porsche Umum Permulaan Operasi Stesen Pengecas Berprestasi Tinggi
Shell dan Porsche Asia Pasifik telah mengumumkan permulaan operasi stesen pengecas berprestasi tinggi (HPC) di Tangkak, Johor.
13-01-2022
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat