Hyundai Elantra N Facelift Dilancarkan Di Thailand – 280 HP, Dari RM400K

Hyundai Elantra N yang telah diberikan peningkatan reka bentuk luar dan dalam dilancarkan di Thailand
Hyundai Elantra N yang telah dikemas kini telah dilancarkan secara rasmi di Thailand semasa Pameran Automotif Antarabangsa Thailand 2023 (TIME 2023). Model ini dipasarkan di negara tersebut pada harga bermula daripada THB 2.99 million (~RM400,000).




Elantra N diberikan kit badan sporty N
Dibangunkan berdasarkan Elantra generasi ketujuh yang telah diperbaharui (dikenali sebagai Avante di Korea Selatan), model N yang telah dikemaskini ini menggunakan kit badan eksklusif N yang terdiri daripada bibir hadapan berwarna hitam/merah, skirt sisi dan rim hitam 19 inci baharu dengan kaliper brek N berwarna merah.
Di bahagian belakang, Elantra N diberikan diffuser serta spoiler eksklusif N berwarna hitam yang sporty. Pada sudut ini juga terdapat dua paip ekzos yang besar.




Ruang kabin Elantra N yang tampil canggih dan sporty
Bergerak ke bahagian dalam, lebih banyak sentuhan sporty N dapat dilihat. Tempat duduk yang digunakan bagi model berprestasi ini ialah jenis bucket yang dapat ‘memegang’ badan dengan kemas ketika kereta dipecut laju. Ciri menarik lain ialah gabungan dua buah skrin yang memaparkan fungsi khas litar, termasuk program rekod masa pusingan secara automatik apabila ia mengesan kedudukan kenderaan berdekatan litar perlumbaan.


Model yang merupakan pesaing kepada Honda Civic Type-R FL5 ini mampu mencapai output 280 HP/392 NM
Sedan berprestasi tinggi yang bangunkan sebagai pesaing kepada Honda Civic Type-R FL5 ini menggunakan enjin turbo 4 silinder 2.0 liter yang sama seperti sebelum ini, menghamburkan kuasa sebanyak 280 HP dan 392 NM tork. Angka ini mencukupi untuk memacu sedan saiz C ini dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 5.3 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 KM/J.
Walaupun hanya ditawarkan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan DCT (tiada pilihan manual), Elantra N menjanjikan prestasi pemanduan yang cukup hebat, kerana dilengkapi dengan electronic-limited slip differential (e-LSD), serta sistem suspensi kawalan elektronik dengan sistem multi-link di bahagian belakang.


Reka bentuk yang sporty dan futuristik
Elantra N turut dilengkapi dengan pelbagai mod pemanduan yang termasuk sistem ekzos boleh ubah N, kawalan pelancaran, N grin shift (NGN), N power shift (NPS), N track sense shift (NTS) dan banyak lagi.
Di pasaran Thailand, Elantra N yang diperbaharui ini dijual pada harga bermula daripada THB 2.99 juta (~RM400,000), lebih murah berbanding Honda Civic Type-R FL5 yang dijual pada harga THB 3.99 juta (~RM535,000).
Walaupun Honda Civic Type-R FL5 yang baru telah membuat kemunculan di Malaysia, harapan untuk model terbaru Hyundai ini memasuki pasaran Malaysia agak tipis. Model Hyundai N terakhir yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia ialah Hyundai i30 N, terhad hanya 20 unit pada tahun 2019.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5056
SELANGOR
BSV1315
JOHOR
JH4322J
PULAU PINANG
PSH4151
PERAK
APM9643
PAHANG
CFJ4120
KEDAH
KGJ8245
NEGERI SEMBILAN
NEM5918
KOTA KINABALU
SJV1870
KUCHING
QAB224Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu
Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.
11-05-2021
Hyundai Santa Fe & Elantra 2021 Pemenang Anugerah Keselamatan Kereta Terbaik!
Hyundai Santa Fe dan Elantra 2021 telah menerima anugerah 2021 TOP SAFETY PICK.
29-04-2021
Berita Terkini
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge