ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kenderaan elektrik (EV) sebenarnya menawarkan banyak kelebihan berbanding kenderaan enjin pembakaran (ICE). 

Yang pastinya, kenderaan elektrik yang dijual ketika ini mengurangkan pencemaran ke atas alam sekitar. 

Itu sebabnya harga kebanyakannya bukan mampu milik tapi hanya mampu tengok saja.

Lagipun, apabila membeli kereta, harga adalah faktor pertama yang perlu dipertimbangkan. 

image.png

Namun mujur di Malaysia, harga kereta elektrik  boleh didapati di bawah RM100,000. Misalnya seperti Neta EV yang dikatakan antara EV paling murah di Malaysia.

image.png

Apa yang anda patut syukur ialah , harga semua kenderaan elektrik baharu yang dijual secara rasmi di Malaysia adalah termasuk waranti eksklusif atau berasingan, meliputi bateri kenderaan elektrik, sistem transmisi serta komponen yang berkaitan.

Tahukah anda, bateri adalah antara alat ganti yang paling mahal untuk diganti dalam mana-mana EV.

Jadi, adalah penting bagi mana-mana pembeli untuk mengetahui jenis perlindungan waranti yang disertakan dengan harga kereta.

image.png

Secara amnya, jaminan bateri akan melindungi kerosakan atau mutu kerja dalam pembuatan bateri. 

Sebahagian besar pengilang yang menawarkan EV dalam pasaran  sebenarya menyediakan perlindungan antara 8 hingga 10 tahun hanya untuk bateri EV.

Ini mungkin adil memandangkan kebanyakan bateri EV dijangka bertahan sehingga sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun.

Hakikatnya, bagi mana-mana pengeluaran kereta yang dihasilkan secara besar-besaran, kerosakan atau kecacatan pada  mutu kerja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Maka, kos menggantikan bateri EV yang tidak mempunyai jaminan sebenarnya boleh  mencecah dari RM30,000 hingga RM100,000.

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini!

Sebaliknya, antara pengeluar yang memberikan jaminan meliputi bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM ialah Hyundai Kona elektrik dan  Tesla Model Y.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan juga salah satu jenama EV yang paling laris di Malaysia pada masa ini ialah BYD.

Jenama ini pula menawarkan waranti bateri EV voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 KM.

image.pngimage.png

Selain itu, BYD turut menawarkan waranti 8 tahun atau 150,000 kilometer pada unit pemacu, motor dan kawalan motor elektrik.

Ada juga satu lagi jenama EV yang menawarkan pakej waranti komprehensif  bateri EV selama 8 tahun atau 200,000km, iaitu smart#1.

image.png

Sejak smart#1 dibawa masuk ke pasaran tempatan, nampaknya jenama itu juga laku keras.

JENAMA MEWAH

Ada juga beberapa jenama kereta mewah yang turut menawarkan jaminan bateri yang dilihat cukup memuaskan hati.

Antaranya:

MERCEDES-BENZ

Jenama Bintang tiga bucu ini sebenarnya  menawarkan waranti untuk bateri EV 10 tahun atau 250,000 km menerusi model EQS.

ROLLS-ROYCE

Sementara itu, Rolls-Royce pula yang merupakan lambang kemewahan di atas jalan raya juga menawarkan pelbagai ciri yang begitu menarik.

Terbaharu, ia membawa model Spectre versi elektrik yang dijual pada harga RM2 juta tetapi tidak termasuk cukai dan opsyen.

Seiring dengan harganya, maka tidak hairanlah mengapa jenama ini menawarkan waranti 4 tahun tanpa had perbatuan manakala waranti  bateri voltan tingginya pula disertakan dengan waranti 10 tahun.

image.png

Hakikatnya menggantikan bateri EV sememangnya menelan kos yang tinggi namun sebelum itu anda perlu faham mengenai pengecualian atau syarat yang boleh menjejaskan sebarang waranti bateri EV tetapi tidak terhad kepada:

• Guna pengecasan yang tidak menepati piawaian

• Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan atau pemasangan bahagian yang tidak diluluskan

• Guna bateri sebagai sumber kuasa dari pegun

• Tidak mengemaskini perisian

• Kerosakan atau kegagalan yang disebabkan oleh pembaikan juruteknik yang tidak bertauliah

• Gagal membaik pulih

• Tunda dengan kenderaan dan melebihi had muatan

• Pengabaian secara umum 

Pendek kata,  jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli EV pada bulan ini atau tahun depan,  jangan risau tentang bateri atau komponen pemacu EV.

Ini kerana dengan adanya waranti bateri EV , anda mungkin sudah boleh menarik nafas lega kerana pakej yang ditawarkan oleh kebanyakan pengeluar EV sememangnya cukup komprehensif.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9857

SELANGOR

BSU2659

JOHOR

JF3530J

PULAU PINANG

PSG1920

PERAK

APL9589

PAHANG

CFH9422

KEDAH

KGJ3714

NEGERI SEMBILAN

NEM2051

KOTA KINABALU

SJU4442

KUCHING

QAB7190P

Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

25-10-2023
EV

03-05-2023
Berita Auto
Global

06-03-2023
Global
Berita Auto

18-10-2022

Berita Terkini

Tips

Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.

07-09-2026
Tips

Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)

Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.

07-09-2026
Tips

Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.

03-09-2026
Tips

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.