Jualan Kereta Proton Terus Mencanak

Baru seminggu Proton S70 dilancarkan, pengeluar kereta nasional PROTON mendakwa tempahan Proton S70 melonjak 3 kali ganda sejurus pelancarannya pada 28 November lalu.
Proton dalam satu kenyataan berkata, kehadiran Proton S70 meninggalkan aura yang cukup luar biasa dalam pasaran kereta Proton.
Lonjakan dalam tempahan kini melepasi 900 unit seminggu sekali gus menunjukkan populariti model dan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pasaran Malaysia.
“ Setakat ini, jumlah tempahan untuk S70 telah pun melebihi 3,000 unit, menandakan Proton sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia,” katanya.

Proton S70 laku keras.
Kenyataan mengenai Proton sentiasa berada di hati rakyat Malaysia dilihat berasas memandangkan Proton X Series, yang terdiri daripada model X50, X70, dan X90, juga berjaya menambat hati rakyat kita.
Kehadiran siri X di jalan raya sudah mencapai sehingga 201,710 unit.
Ia berikutan siri X cukup terkenal dengan inovasi, prestasi dan gayanya yang cuku mengancam selain ia menjadi simbol komitmen Proton untuk menyampaikan kenderaan yang sesuai dengan pilihan pengguna.

PROTON X50
SIRI X LAKU KERAS!
Pendahulu dalam kategori SUV segmen B, Proton X50 dilihat terus kekal sebagai kereta kegemaran orang ramai.
Ini kerana sebanyak 2,115 unit X50 terjual pada bulan lalu. Sejak dilancarkan, sebanyak 102,325 unit telah terjual.
PROTON X70

PROTON X70
Sementara itu, Proton X70 adalah pesaing teguh dalam segmen SUV C, kerana sebanyak m 95,100 unit X70 terjual sejak dilancarkan sekali gus mengekalkan kedudukanpasarannya yang kukuh.
PROTON X90
Tidak kurang juga Proton X90, yang diperkenalkan kurang dari setahun lalu, dilihat terus menerajui segmen SUV D, dengan meraih 4,285 unit dalam jualan yang seterusnya menyumbang kepada kejayaan keseluruhan X Series.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya berjaya mengekalkan kedudukan dengan begitu baik pada bulan lepas.

ROSLAN
“Jadi, kami sudah bersedia untuk melabuhkan tirai dengan mencatatkan jualan yang kukuh. Barisan model kami merupakan pemain utama yang sempurna dan sejajar dengan keutamaan untuk gaya, prestasi, teknologi dan kepraktisan.
“Penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan kami telah mengukuhkan keyakinan pelanggan dan memastikan proses pemilikan yang lancar,” katanya.

PROTON SAGA
Sehubungan itu, pihaknya cukup yakin untuk mengakhiri tahun ini dengan kukuh, menyerahkan kereta ke tangan pelanggan sebelum tahun ini berakhir.
Untuk rekod, pada bulan November 2023, Proton mencatatkan jumlah pendaftaran sebanyak 12,296 unit (domestik + eksport). Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan.

Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan kedua Proton dalam kalangan jenama automotif, menunjukkan daya tahan dalam pasaran yang kompetitif.
Jumlah jualan YTD Syarikat sehingga bulan November mencapai 141,900 unit (Domestik: 138,876 unit, Eksport: 3,024 unit).

PROTON PERSONA
Proton telah pun melepasi jumlah jualan sepanjang tahun sebelumnya dengan mencecah 141,900 unit berbanding 141,432 unit pada tahun lepas.
Pertumbuhan sebanyak 12% yang membanggakan berbanding tahun ke tahun membawa kepada pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7%.
Maka, tidak hairanlah mengapa Proton mengatakan bahawa jenamanya kini semakin diminati rakyat Malaysia.
Apa pula pandangan anda?
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7644
SELANGOR
BSU2342
JOHOR
JF2759J
PULAU PINANG
PSG1461
PERAK
APL9202
PAHANG
CFH9258
KEDAH
KGJ3510
NEGERI SEMBILAN
NEM1845
KOTA KINABALU
SJU4283
KUCHING
QAB7095P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Proton Kekal Meningkat 3 Bulan Berturut-Turut
PROTON telah mengeluarkan laporan jualan bagi bulan April yang menunjukkan peningkatan jualan selama tiga bulan berturut-turut.
04-05-2021
Berita Terkini
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge