- Berita
- Berita Auto
- Proton X70 Kembali Duduk Tempat Teratas Dalam Jualan SUV, Jenama Proton No 2 Paling Popular
Proton X70 Kembali Duduk Tempat Teratas Dalam Jualan SUV, Jenama Proton No 2 Paling Popular

Pengeluar kereta nasional PROTON mencatatkan jualan sebanyak 12,194 unit (domestik dan eksport) pada bulan lepas.
Ini membawa jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 137,751 unit dengan PROTON kekal di tempat kedudukan kedua paling popular dalam kedudukan jualan nasional.
Di sebalik itu, Proton X70 kembali menduduki tempat teratas manakala X90 dan S70 terus kekal sebagai peneraju pasaran.
Jualan Proton X70 pada November meningkat sebanyak 7.7% berbanding bulan sebelumnya kepada 1,065 unit, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif YTD sebanyak 7,536 unit.

PROTON X90:
Sementara itu, Proton X90 kekal sebagai peneraju pasaran untuk SUV segmen D dengan pertumbuhan 13.1% bulan ke bulan kepada 277 unit, menyumbang kepada jumlah jualan YTD sebanyak 3,246 unit.
PROTON S70:
Model ketiga yang mendahului segmennya adalah Proton S70, yang telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 28 November.


Selepas penyertaan pertamanya dalam perlumbaan Sepang 1000km 2024, Proton S70 mencatatkan jualan sebanyak 1,312 unit bulan lalu.
Ini telah mengembalikan sedan ini ke kedudukan teratas dalam segmennya dan membawa jumlah jualan YTD kepada 17,512 unit.
PROTON X50:
Tidak ketinggalan SUV paling popular Proton, Proton X50, juga mencatatkan jualan sebanyak 1,911 unit pada bulan lalu.

Ini menjadikan jumlah jualan YTD kepada 21,033 unit. Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, SUV segmen B ini telah menjadi model SUV dengan jualan terpantas di Malaysia, dan kekal sebagai model terlaris dalam segmennya sehingga kini.
PROTON SAGA:
Malah, jualan model-model Proton yang lain terus menunjukkan prestasi yang kukuh.
Proton Saga telah merekodkan 5,916 unit jualan, menjadikan jumlah YTD sebanyak 66,094 unit.
Model ini berada pada landasan untuk melepasi paras 70,000 unit jualan untuk tahun kedua berturut-turut.
Sedan segmen B Proton Persona mencatatkan 1,394 unit pada November dengan jumlah YTD sebanyak 17,325 unit, manakala hatchback segmen B Proton, Proton Iriz, menjual 319 unit, menjadikan jumlah jualan setakat ini kepada 4,762 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya cukup komited dalam menghasilkan kenderaan berkualiti terbukti melalui kejayaan berterusan model-model seperti Proton X70, Proton X90, dan Proton Saga.
“Kesemua model ini telah mencapai kejayaan penting tahun ini. Dengan pelancaran Proton e.MAS 7 nanti, kami yakin PROTON akan terus menjadi peneraju dalam industri automotif di dalam negara dan antarabangsa," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu
PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.
29-01-2026
Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!
Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.
08-01-2026
Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?
Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.
06-01-2026
Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera
Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.
27-09-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
