ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-CX-5-2-1536x864.jpg2022-Kia-Carens-3-zoom.jpg2024-Kia-Sportage-809-19-1536x1024.jpgMazda_CX-60_SG_Ext-12.jpg


Bermaz sedang bersiap-sedia untuk memperkenalkan empat model SUV baharu pada tahun 2024 daripada dua jenama di bawahnya, Mazda dan Kia.


Menurut laporan MIDF yang diterbitkan oleh akhbar perniagaan tempatan, The Edge, baru-baru ini, tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Laporan tersebut mendedahkan bahawa syarikat pengedar rasmi Mazda dan Kia itu akan melancarkan beberapa SUV crossover baharu daripada kedua-dua jenama tersebut. 


Bagi jenama teras Mazda, laporan MIDF mencatatkan bahawa Mazda CX-5 model tahun 2024 versi facelift dan SUV mewah baharu Mazda CX-60 akan ditambahkan ke dalam rangkaian Mazda Bermaz untuk pasaran Malaysia tahun depan.


Mazda-CX-5-3-1536x864.jpgMazda-CX-5-7.jpg


CX-5 bakal diberikan sentuhan baharu, dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2024. Harga model popular ini juga dijangka mengalami peningkatan kecil. 


Baru-baru ini, maklumat mengenai CX-5 facelift terdedah kepada umum setelah informasi berkenaan model ini yang dikongsikan semasa sesi taklimat bersama pengedar bocor di internet. Maklumat tersebut mendedahkan bahawa sebanyak lima varian akan diperkenalkan iaitu empat petrol dan satu diesel. Dari segi rekaan, terdapat perubahan kecil kosmetik dan tambahan beberapa ciri baharu seperti Android Auto berwayar dan pengecas tanpa wayar. 


CX-5 baharu itu nanti dijangka akan dijual pada harga lebih tinggi berbanding model yang ditawarkan sekarang. Pada masa ini, model tersebut dijual pada harga antara RM139,069.20 hingga RM187,060.40.


Mazda_CX-60_SG_Ext-7.jpg


CX-60 baharu juga dijangka akan mendarat di negara kita pada tahun 2024. 


Laporan yang sama daripada MIDF juga menyebut rancangan Bermaz untuk memperkenalkan Mazda CX-60 baharu, yang akan membawa jenama Mazda ke dalam segmen baharu dan lebih tinggi untuk bersaing dengan Mercedes-Benz GLC-Class dan BMW X3.


Model tersebut telah dilancarkan di Singapura dan Filipina baru-baru ini. Untuk Malaysia, Bermaz dijangka akan menawarkan CX-60 dalam beberapa varian dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) atau semua roda (AWD).


2024-Kia-Sportage-809-15-1536x1024.jpg2024-Kia-Sportage-809-17-1536x1024.jpg


SUV Kia Sportage generasi terkini juga dijangka akan dipasarkan di Malaysia melalui Bermaz Dinamikjaya Motors pada tahun 2024.


Beralih kepada jenama Kia yang diedarkan oleh Bermaz melalui Dinamikjaya Motors, laporan MIDF menyebutkan bahawa rangkaian model Kia dari syarikat tempatan itu akan berkembang dengan pengenalan dua model SUV baharu. 


Yang pertama ialah Kia Sportage generasi kelima terkini. SUV crossover segmen C itu akan ditawarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di negara ini dengan pilihan varian petrol dan diesel, sama seperti CX-5. 


2022-Kia-Carens-4-zoom.jpg


Laporan MIDF juga menunjukkan rancangan Bermaz untuk memperkenalkan SUV kompak Kia Carens baharu pada tahun 2024.


Model lain yang disebut dalam laporan MIDF ialah Kia Carens - sebuah SUV crossover segmen B yang dibangunkan khas untuk kawasan pasaran yang sedang membangun. Model ini telah membuat penampilan sulungnya di Indonesia, dan berkemungkinan besar akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2024.


Apa pendapat mengenai model-model yang bakal tiba ini? Model manakah yang tidak sabar untuk anda lihat dengan lebih dekat? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-06-2025
Kereta Baru

03-06-2025
Berita Auto

02-07-2024
Kereta Baru

24-01-2024
Berita Auto

27-12-2023
Kereta Baru

05-12-2023
Kereta Baru

11-10-2023
Kereta Baru

19-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.