ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebuh Raya Bertingkat Bakal Didirikan Sepanjang Sungai Klang? Ini Perkembangannya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

flyover-malaysia-l-ch-unsplash.jpg

Pemandangan lebuh raya di Kuala Lumpur dari bangunan tinggi (Gambar hiasan | Sumber: l ch via Unsplash)


Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi melaksanakan pembangunan dan pembinaan projek lebuh raya bertingkat yang telah dicadangkan kepada kerajaan.


Dalam satu kenyataan rasmi, SKL menjelaskan bahawa pihaknya kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan akhir yang melibatkan cadangan untuk membina, memiliki dan mengendalikan projek ini sebagai satu konsesi.


SKL-MOU-(3).jpg


Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) untuk membangunkan lebuh raya baharu


Cadangan pembinaan lebuh raya sepanjang 53 kilometer ini melibatkan kawasan sepanjang Sungai Klang di Lembah Klang yang akan diintegrasikan dengan rangkaian lebuh raya sedia ada.


Jelas SKL, "Ia turut merangkumi tujuh persimpangan yang dicadangkan, bermula dari Klang sehingga ke persimpangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Pantai Baru 2 (NPE 2).


SKL-MOU-(4).jpg


"Infrastruktur yang direka secara strategik ini akan meningkatkan ketersambungan dan akses di wilayah ini," katanya. 


SKL turut menekankan bahawa kerjasama dengan MTDC akan memperkukuhkan lagi usaha mereka untuk memacu pembangunan dan pembinaan infrastruktur lebuh raya bertingkat yang inovatif.


"Pada masa sama, ia juga memberi takrifan semula infrastruktur pengangkutan dan meletakkan asas untuk masa depan yang progresif serta saling berkaitan,” tambahnya.


SKL-MOU-(2).jpg


Upacara penandatanganan MoU antara SKL dan MTDC


MTDC, sebagai anak syarikat Kumpulan MTD, akan menyumbangkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan projek lebuh raya yang dicadangkan ini.


Sokongan MTDC akan merangkumi fasa perancangan, pembinaan, dan penyediaan lebuh raya tersebut, manakala Kumpulan MTD akan menyumbangkan kepakaran komprehensif mereka yang melibatkan aspek perkhidmatan, tenaga kerja, bahan, dan peralatan. Selain itu, sspek pengurusan operasi lebuh raya dan penyelenggaraan projek ini akan diberikan perhatian yang khusus. 

Sumber: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT2691

SELANGOR

BSU3026

JOHOR

JF4271J

PULAU PINANG

PSG2477

PERAK

APM592

PAHANG

CFH9587

KEDAH

KGJ3928

NEGERI SEMBILAN

NEM2198

KOTA KINABALU

SJU4663

KUCHING

QAB7304P

Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1

Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.

07-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?

Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

07-10-2026
Berita Auto

Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar

10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.

07-10-2026
Berita Auto

Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas

Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.

06-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tiket ECRL?

Kabinet Masih Belum Memutuskan Harga Tiket ECRL.

06-10-2026
Berita Auto

Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak

Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.

06-10-2026
Berita Auto

Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan

Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?

06-10-2026
Berita Auto

Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang

Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.

06-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.