ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini, MMU Meterai MoU Projek Penyelidikan, Bangun Sistem AI Untuk Pengecas EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_ChargeSini_MMU_MOU_-6.jpg


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh  (kedua dari kiri) dan Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud (kedua dari kanan). 


Pembekal pengecasan kenderaan elektrik (EV) Malaysia, ChargeSini (ChargeHere EV Solution Sdn Bhd) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi terkemuka Malaysia, Universiti Multimedia (MMU).


Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh dan Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud.


Melalui perjanjian ini, ChargeSini dan MMU bersetuju untuk bekerjasama dalam projek penyelidikan PhD yang bertajuk "Analisis dan Kawalan Rangkaian Elektrik Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Penyediaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik."


web_ChargeSini_MMU_MOU_-7.jpg


ChargeSini dan MMU bersetuju untuk menjalinkan kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan PhD yang bertajuk "Analisis dan Kawalan Rangkaian Elektrik Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Penyediaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik."


Kerjasama ini menonjolkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh institusi pengajian tinggi dan pemain utama industri dalam sektor swasta bagi memajukan inovasi teknologi dan menggalakkan amalan tenaga lestari.


Empat matlamat cuba dicapai melalui penyelidikan ini iaitu pembangunan Sistem Kawalan AI yang inovatif, penciptaan pengalaman pengguna yang lebih baik, pencapaian matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan penetapan standard baharu dalam kolaborasi akademik-industri. 


web_ChargeSini_MMU_MOU_-11.jpgweb_ChargeSini_MMU_MOU_-12.jpg


James Goh menunjukkan stesen pengecas EV ChargeSini kepada Prof. Datuk Dr. Mazliham.


Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk membangunkan algoritma AI inovatif yang dijangka bakal mengubah cara pengecasan kenderaan elektrik (EV) dikawal, misalnya membabitkan round robin atau pengagihan beban yang sama, menggunakan pendekatan berdasarkan permintaan. Sistem ini akan menganalisis permintaan pengguna dan corak penggunaan harian untuk mengoptimumkan kapasiti pengecasan tanpa membebankan rangkaian elektrik sedia ada.


Secara spesifiknya, algoritma AI ini dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan isu yang disebabkan oleh penerimaan EV yang kian meningkat terutamanya di kawasan kediaman dan komersial. Isu utama yang timbul daripada penggunaan EV secara besar-besaran adalah risiko  beban elektrik keterlaluan di kondominium dan fasiliti serupa yang lain, yang seterusnya boleh mengakibatkan gangguan bekalan kuasa dan pengalaman pengguna.


web_ChargeSini_MMU_MOU_-10.jpg


Kakitangan ChargeSini dan MMU di majlis penandatanganan MoU.


“Kerjasama ini bukan hanya dapat meningkatkan aplikasi praktikal penyelidikan kami tetapi juga menyokong komitmen Malaysia untuk masa depan yang lebih mampan. Melalui kolaborasi ini, kami yakin dapat memberikan penyelesaian yang terbaik bagi mendorong pertumbuhan ekosistem pengecasan EV dan membuat sumbangan yang signifikan kepada matlamat alam sekitar negara," jelas Prof. Dato’ Dr. Mazliham.


James Goh dari ChargeSini juga meluahkan keyakinan yang sama, "Kami yakin dapat memberikan penyelesaian terbaik yang dapat membantu pembangunan ekosistem pengecasan EV dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat alam sekitar negara."


Dalam majlis yang sama, Goh turut mendedahkan komitmen ChargeSini untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV secara berterusan bagi memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa bertambah dari masa ke masa. 

web_ChargeSini_MMU_MOU_-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1869

SELANGOR

BSS7356

JOHOR

JC4347J

PULAU PINANG

PSE6972

PERAK

APK6650

PAHANG

CFH4526

KEDAH

KGH5491

NEGERI SEMBILAN

NEL4381

KOTA KINABALU

SJT5404

KUCHING

QAB4036P

Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026
EV

13-03-2025

Berita Terkini

EV
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS  Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
EV
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

06-08-2026
EV
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
EV
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.

28-07-2026
EV
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan

24-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.