Mercedes-Benz Malaysia Rai Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Sempena Krismas

"Christmas in a Shoebox" merupakan satu inisiatif tahunan MBM
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini telah memberikan senyuman kepada 47 kanak-kanak di Rumah Hope melalui inisiatif tahunan "Christmas in a Shoebox" yang ke-13.
Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden MBM, Amanda Zhang, berkata, "Sebagai penutup bagi tahun yang bermakna dan penuh impak ini, inisiatif tahunan 'Christmas in a Shoebox' kami menjadi bukti kukuh kepada komitmen kami dalam penglibatan komuniti.




Pelbagai aktiviti menarik diadakan
“Melihat kegembiraan anak-anak di Rumah Hope ini memberikan kebahagian kepada kami. Kakitangan kami juga seronok menyertai aktiviti inisiatif CSR yang meriah ini – memberi peluang [kepada semua yang terlibat] untuk mencipta masa depan yang lebih baik dan mampan bagi generasi akan datang," katanya.
Acara itu dipenuhi dengan aktiviti dan permainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, termasuk menyatakan impian pada pokok Krismas, berkongsi makanan bersama-sama, serta penampilan mengejut daripada Santa, yang memberikan hadiah yang dipilih khas untuk kesemua 47 kanak-kanak dengan bantuan kakitangan MBM, yang dikenali sebagai "Elf Squad.”

Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden MBM, Amanda Zhang
Acara tahunan "Christmas in a Shoebox" ini adalah sebahagian daripada strategi 2023 Corporate Citizenship MBM yang melibatkan beberapa inisiatif CSR lain syarikat. Inisiatif lain sebelum ini adalah termasuk kempen “Grants for Good” serta kerjasama semula dengan inisiatif “Little Legends” oleh Nicol David Organisation (NDO), kesemuanya mencerminkan komitmen MBM untuk mencipta masa depan yang lebih baik bagi komuniti di sekitar.

MBM telah menderma sejumlah RM100,000 kepada tujuh NGO
Bagi kempen “Grants for Good,” MBM telah menderma sejumlah RM100,000 kepada tujuh badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Food Aid Foundation, Zoo Negara Malaysia, Kiwanis Down Syndrome Foundation, Hospis Malaysia dan lain-lain.
Mengenai kolaborasinya dengan NDO, MBM baru-baru ini memperbaharui kerjasama dalam program "Little Legends" NDO, di mana sejumlah RM100,000 disumbangkan kepada inisiatif tersebut. Selain daripada sumbangan kewangan, beberapa kakitangan MBM juga mengambil bahagian dalam program “Little Legend,” di mana mereka membantu untuk mendidik generasi akan datang tentang kepentingan menjalani gaya hidup mampan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge