MG Kembali Ke M;sia: Rancang Lancar 4 Model

CariCarz.com mendapat tahu bahawa SAIC Motor, salah satu pengeluar automotif terkemuka di Malaysia dan menduduki tempat ke-84 daripada senarai syarikat Fortune Global 500, telah menubuhkan ibu pejabatnya di Malaysia.
Ini kerana SAIC Malaysia merancang untuk membawa semula pengalaman automotif di Malaysia mulai tahun depan dengan memperkenalkan empat model MG daripada 16 barisan model kepada rakyat Malaysia.
Dikhabarkan syarikat itu akan melancarkan model tersebut pada suku pertama tahun 2024. Ia akan diedarkan di Malaysia oleh anak syarikat SAIC, MG Malaysia (MGM).

MGM akan menawarkan empat model yang dilengkapi dengan teknologi dan prestasi canggih.
Barisan model itu akan menawarkan dua kenderaan elektrik (EV) dan dua lagi model enjin pembakaran dalaman (ICE).
MG 4, akan didapati dalam empat varian sekali gus akan menjadi model pertama yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun depan.
Malah, MG 4 akan diletakkan sebagai pesaing yang hebat berbanding pemain pasaran lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Difahamkan, MG Cyberster baru sahaja memulakan penghantaran di China, akan tiba pada suku kedua di Malaysia.
Harga roadster elektrik ini dikatakan lebih mahal berbanding dengan Mazda MX-5, iaitu sekitar RM250,000.

Apa yang pasti, pengenalan MG Cyberster di Malaysia secara automatik akan menjadikan ia sebagai kereta Flagship atau ‘halo’ MG, dan sudah bersedia untuk menawan hati penggemar kereta sports.
MGM juga akan memperkenalkan SUV segmen C, MG HS, untuk bersaing dengan Honda CR-V dan Chery Omoda 5.
Namun jentera itu akan mendarat pada suku ketiga tahun depan.
MG HS, dikatakan cukup menawan kerana ia menjanjikan untuk memberikan gaya, keselesaan dan prestasi dengan
Menurut MGM, mereka bercadang untuk menamatkan tahun 2024 pada tahap yang tinggi dengan melancarkan MG 3 pada suku keempat nanti.


Kehadirannya di pasaran dikatakan akan menarik minat pengguna dalam pasaran sedan segmen B.
Selain itu, MG 3 juga bersedia untuk membuat penampilan sulungnya di peringkat global pada suku ketiga tahun depan.

Buat masa ini, MGM telah memperoleh 18 daripada rangkaian 24 peniaga yang dirancang sebagai persediaan untuk pelancaran besar-besarannya nanti.
Rangkaian tersebut akan memastikan pelanggan dan peminat MG di seluruh Malaysia mempunyai akses mudah kepada tawaran dan perkhidmatan jenama itu.
Bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, MGM juga akan melancarkan aplikasi MG ismart, yang akan menyediakan sambungan kenderaan yang lancar dan kemas kini melalui udara (OTA) untuk barisan kenderaannya.
Teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MG!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8264
SELANGOR
BSR1865
JOHOR
JYB4276
PULAU PINANG
PSD3559
PERAK
APJ4418
PAHANG
CFG8970
KEDAH
KGG6901
NEGERI SEMBILAN
NEK7490
KOTA KINABALU
SJS5970
KUCHING
QAB672P
Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat