ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mungkinkah Honda e:N1 Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluaran e:N1 sudah dimulakan  di  Rojana Industrial Park, wilayah Prachinburi, Thailand.

Honda secara rasminya telah memulakan pengeluaran SUV EV Honda e:N1 di Thailand.

Pengeluaran itu menandakan pengeluar kereta Jepun itu buat julung kalinya  mengeluarkan versi pemasangan tempatan (CKD) di negara berkenaan.

Kumpulan pertama  e:N1, dipasang dengan komponen sumber tempatan dari kilang Honda yang terletak di  Rojana Industrial Park, wilayah Prachinburi, Thailand.

image.pngimage.png

Barisan pertama e:N1. 

Sebaliknya, Honda menyifatkan pihaknya hanya akan mendedahkan butiran lanjut mengenai model itu pada suku pertama tahun 2024.

Sedikit latar belakang mengenai e:N1, model ini dibangunkan berdasarkan  platform e:N Architecture F .

Ia yang cuma menggunakan satu motor elektrik sebenarnta menampilkan struktur badan yang tegar, titik graviti rendah dan bahagian bawah badan yang aerodinamik.

image.png

Ia dibangunkan berdasarkan  platform e:N Architecture F .

Selain itu, ia dikatakan  mampu menghasilkan kuasa setinggi 201 hp dan 310 Nm.

Jentera ini yang disumbat dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 68.8 kWh mampu bergerak  sejauh 412 km hanya dengan  sekali cas penuh.

Dengan menggunakan sistem pengecas pantas DC pada SUV ini, ia membolehkan kadar cas dipenuhkan dari 10% hingga 80% hanya dalam masa 45 minit.

image.png

Honda e:N1 dikatakan seiras dengan HR-V.

Dikhabarkan, e:N1 dijangka menawarkan pilihan tambahan kepada pembeli kereta di Thailand iaitu enjin pembakaran dalaman dan sistem hibrid e:HEV.

Tawaran pilihan itu nyata mencerminkan komitmen Honda untuk mempelbagaikan penawaran produknya.

Pemasaran model ini di negara jiran menyebabkan ada ura-ura mengatakan bahawa ia akan perkenalkan di Malaysia selewat-lewatnya akhir tahun 2024 atau awal 2025.

Ini kerana ia tidak saling tumpah seperti Honda HR-V membuatkan ia berkemungkinan besar bakal menambat hati netizen.

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi Honda Malaysia nanti.

Beberapa laporan setakat ini menyatakan  bahawa e:N1 dijual pada harga T1.5 juta bhat (lebih kurang RM200,000).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1276

SELANGOR

BSS7139

JOHOR

JC4099J

PULAU PINANG

PSE6762

PERAK

APK6459

PAHANG

CFH4494

KEDAH

KGH5347

NEGERI SEMBILAN

NEL4302

KOTA KINABALU

SJT5355

KUCHING

QAB4024P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Global

Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu

Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.

20-07-2026
Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.