Rakyat Patut Dikenakan Caj Kesesakan Semasa Waktu Puncak?

Isu kesesakan trafik masih tiada penyelesaian di Malaysia (Gambar hiasan)
Menempuhi kesesakan lalu lintas telah menjadi lumrah dalam kehidupan harian ramai rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur.
Berdasarkan Indeks Trafik TomTom, pada tahun 2022, rakyat Malaysia telah menghabiskan 75 jam dalam kesesakan pada waktu puncak, bersamaan dengan tiga hari penuh. Situasi ini memberikan tekanan kepada orang ramai dan penyelesaian isu ini sedang giat dibincangkan.
Salah satu cadangan yang telah disuarakan ialah caj kesesakan, daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Caj kesesakan adalah bayaran yang dikenakan ke atas kenderaan yang melakukan perjalanan dalam kawasan tertentu pada waktu-waktu tertentu. Tujuan caj kesesakan adalah untuk menguruskan laluan trafik dan merangsang penggunaan pengangkutan awam.

Caj kesesakan boleh dikutip melalui tol elektronik (Gambar hiasan)
Pengutipan caj ini biasanya dilakukan melalui sistem tol elektronik, di mana bayaran ditolak secara automatik apabila kenderaan memasuki zon kesesakan pada masa yang ditetapkan.
Rosli Azad Khan, seorang perancang pengangkutan, menjelaskan bahawa caj kesesakan berbeza dengan bayaran tol. Ujarnya, “Caj kesesakan dikutip bagi mendanai pengangkutan awam dan kemudahan berkaitan.”
Selain itu, tambahnya lagi, caj ini boleh digunakan oleh pihak berkuasa bandar raya untuk menyediakan ruang parkir yang lebih baik.
Beberapa bandar di luar negara, seperti Singapura, London, dan Stockholm, telah melaksanakan sistem bayaran kesesakan dengan matlamat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Ahmad Farhan Sadullah dari Universiti Putra Malaysia menyokong idea caj kesesakan sebagai satu langkah untuk mendorong penggunaan pengangkutan awam. Namun, beliau menekankan bahawa keberkesanan cadangan ini bergantung kepada kesungguhan dan kemampuan kerajaan.
Baginya, caj ini hanya akan memberi impak positif jika kerajaan bersungguh-sungguh dalam menangani masalah kesesakan, termasuklah keberanian untuk melaksanakan skim seperti yang telah dilakukan oleh beberapa bandar di seluruh dunia.
Rosli Azad Khan turut menyatakan bahawa bandar tertentu di Malaysia, seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru, memang sesuai untuk dikenakan caj kesesakan.
Sumber: FMT
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Caj Kesesakan: Bersediakah Rakyat Malaysia?
Bandar tertentu di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru bersesuaian dikenakan caj kesesakan.
27-02-2025
Jumlah Kenderaan Sama Dengan Populasi, Fikir Luar Kotak Untuk Elak Sesak – Ahmad Maslan
Jumlah kenderaan berdaftar di negara ini bersamaan dengan populasi penduduk, 34 juta.
10-10-2024
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat